Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar dalam sebuah video berdurasi 55 saat bersumpah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat atau ada kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya.
“Adalah berdosa besar kepada saya jika saya menfitnah seseorang itu.
"Saya lafazkan di sini, wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat dan tidak ada kaitan dalam kes ini,” katanya.
Video tersebut dimuat naik adalah menyusuli kenyataan yang telah dibuat oleh peguamnya Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican pada 1 Januari lalu.
Video yang sedang viral di media sosial ketika ini bagaimanapun, tidak menyebut secara khusus maksud ‘kes ini’ yang katanya tidak mempunyai kaitan dengan Najib.
Video pengakuan itu turut dikeluarkan dalam beberapa siri yang antara lain, Sirul turut menyebut bahawa 'wanita' yang dipercayai Altantuya Shaariibuu tidak mengandung.
"Apa yang berlaku dimasa perbicaraan lalu hanya tak lain dan tak bukan adalah permainan politik yang ingin menjatuhkan seseorang.
"Apa yang dilaporkan media-media semasa dan media internet yang memuatkan masuk berkenaan fakta tidak tepat dan apa yang dilaporkan tidak sama sekali benar.
"Termasuklah bahawa yang juga kononnya wanita tersebut telah mengandung dan mempunyai kandungan ketika itu. Ianya tidak benar sama sekali (bahawa) wanita tersebut mempunyai kandungan," katanya.
Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Namun pada hari mahkamah membuat keputusan, Sirul Azhar tidak hadir kerana telah melarikan diri ke Australia.
Bagaimanapun, dia ditahan pada 20 Januari lepas oleh pegawai Imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah.
Sirul kini berada di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney.
BACA: Sirul Azhar tunggu kelulusan visa perlindungan - Peguam
BACA: Sirul Azhar hanya mahu bebas dari Imigresen Australia - Peguam
BACA: Anak saya dikambing hitamkan, ujar Ibu Sirul kepada Tun M
BACA: Sirul telah keluar negara secara sah, kata KDN
Astro Awani
Sun Jan 31 2016
Sirul dalam rakaman video yang sedang viral di media sosial ketika ini bagaimanapun tidak menyebut secara khusus akan maksud 'kes ini' yang menurutnya tidak mempunyai kaitan dengan Najib. - Foto sumber YouTube
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Polis tahan lelaki buat kacau, pecah cermin kereta di Bayan Lepas
Lelaki tempatan berusia 41 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, selepas mendapat aduan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Hukuman berat jika buat jenayah di Makkah, Madinah
Md Daud berkata, pelaku tidak dibenarkan dibawa pulang ke negara asal selagi belum selesai menjalani hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah.
BHEUU JPM tubuh jawatankuasa kerja perkukuh sistem keadilan jenayah negara
Ia bagi terus memperkukuh sistem keadilan negara yang menyentuh isu jenayah siber dengan membabitkan kaedah moden.
Dua suspek samun berparang di Banting kecundang
Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun telah ditahan di sebuah rumah sekitar Sungai Sedu, Banting pada Rabu.
Pengasas Telegram, Pavel Durov tidak dibenar tinggalkan Perancis
Durov mesti kekal di Perancis dengan ikat jamin sebanyak AS$5.6 juta dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis Perancis dua kali seminggu.
Jenayah turun mendadak di Paris semasa Sukan Olimpik - Darmanin
Darmanin berkata kesan kehadiran pasukan keselamatan yang meningkat, terdapat penurunan besar dalam jumlah kesalahan jenayah minggu lepas.
Polis tahan dua lelaki disyaki pukul wanita, pandu secara berbahaya
Kedua-dua lelaki berusia 25 dan 26 tahun itu ditahan sekitar Kajang pada 4 pagi tadi dan direman enam hari bagi membantu siasatan.