awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular kerajaan tidak bertanggungjawab isu kenaikan harga, dimanipulasi - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
02/12/2021
07:33 MYT
Video tular kerajaan tidak bertanggungjawab isu kenaikan harga, dimanipulasi - Ismail Sabri
ISMAIL SABRI:"Kerajaan tidak akan berlepas tangan dengan mengatakan bahawa ini adalah luar kawalan." - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan kerajaan tidak bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga barangan.
Beliau sebaliknya berkata kerajaan sentiasa mengambil tanggungjawab dalam memastikan tindakan yang sewajarnya dilakukan supaya rakyat tidak dibebankan.
Ismail Sabri berkata demikian susulan video berdurasi 15 saat yang memetik potongan ucapan beliau dalam satu majlis makan malam yang ditularkan di laman sosial sejak beberapa hari lepas dengan mendakwa kerajaan pimpinannya tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga barangan.
"Disebar mengatakan kerajaan tidak mahu jawab apa masalah petani itu, itu tidak betul. Video itu diedit (potong) untuk tujuan manipulasi.
"Kerajaan tidak akan berlepas tangan dengan mengatakan bahawa ini adalah luar kawalan," katanya menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.
Perdana Menteri berkata seperti diumumkan beliau pada Majlis Makan Malam Persatuan Peladang Kebangsaan (NAFAS) 25 Nov lepas, kerajaan memperuntukkan RM262 juta untuk membantu golongan peladang iaitu RM62 juta untuk insentif racun dan pinjaman mudah sebanyak RM200 juta tanpa faedah dan moratorium selama enam bulan.
"Kalau dulu petani diberi RM200 sebagai insentif, sekarang ini kita tambah RM100 lagi menjadi RM300," katanya.
Justeru, alasan harga perlu dinaikkan kerana kos pengeluaran meningkat disebabkan harga racun tinggi tidak boleh lagi digunakan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kenaikan harga
#Perdana Menteri
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan