Video tular konvoi Trump curi tumpuan, raih pujian terhadap lebuh raya Malaysia

Video tersebut yang dimuat naik Pembantu Khas dan Penasihat Komunikasi kepada Trump, itu telah ditonton oleh jutaan orang di seluruh dunia. - Gambar/ Tangkap layar X @MargoMartin47
KUALA LUMPUR: Video konvoi kenderaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melalui lebuh raya di Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur baru-baru ini telah tular di media sosial, sekali gus menarik pujian meluas terhadap kelancaran, kebersihan dan keindahan infrastruktur negara.
Ringkasan AI
- Video konvoi kenderaan Presiden AS Donald Trump melalui lebuh raya Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur tular di media sosial dan menarik pujian global terhadap kelancaran, kebersihan dan keindahan infrastruktur negara.
- Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa rangkaian jalan raya Malaysia kini melebihi 260,000 kilometer dan merupakan antara yang diselenggara paling baik di rantau ASEAN, hasil komitmen JKR, LLM dan syarikat konsesi lebuh raya.
- Kementerian Kerja Raya memperkenalkan platform MyJalan sebagai saluran penyertaan rakyat dalam pemantauan jalan raya, dengan puluhan ribu aduan telah diselesaikan, mencerminkan budaya tanggungjawab bersama dalam penyelenggaraan infrastruktur negara.
"Ia mengingatkan kita bahawa kerja keras, inovasi dan disiplin kita dalam pembangunan infrastruktur bukanlah tidak diketahui masyarakat antarabangsa. Namun yang lebih penting, ia menjadi dorongan untuk kita terus memperbaiki pencapaian ini.
"Kita berbangga dengan apa yang telah kita capai, tetapi pada masa yang sama, kita juga perlu berani untuk berfikir semula, melakukan pembaharuan dan memperkukuh usaha sedia ada. Ini kerana penyelenggaraan bukan sekadar mengenai jalan raya, tetapi juga melibatkan maruah negara, keselamatan, serta kesiapsiagaan masa depan," katanya.
Beliau berkata rangkaian jalan raya Malaysia kini lebih 260,000 kilometer dan negara boleh berbangga kerana merupakan jalan raya diselenggara paling baik di rantau ASEAN.
"Pencapaian ini dibina hasil komitmen berdekad-dekad oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) serta syarikat konsesi lebuh raya, berteraskan dasar-dasar berwawasan Kementerian Kerja Raya (KKR)," katanya.
Nanta turut berkata bahawa kementeriannya telah memperkenalkan MyJalan, sebuah platform penyertaan rakyat pada peringkat nasional yang memberi kuasa kepada orang awam untuk turut sama memastikan jalan raya negara sentiasa dalam keadaan baik.
"Sejak dilancarkan, puluhan ribu aduan telah dilaporkan dan diselesaikan, membuktikan bahawa apabila teknologi digabungkan dengan penglibatan rakyat, kesannya mampu dilihat secara menyeluruh.
"Lebih daripada sekadar platform mudah alih, MyJalan melambangkan budaya tanggungjawab bersama, mencerminkan kepercayaan kita bahawa penyelenggaraan jalan bukan hanya tanggungjawab agensi kerajaan, tetapi satu usaha nasional yang perlu digembleng bersama," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


