awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video tular, polis buru peragut rantai tangan di kedai runcit

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/04/2021
12:09 MYT
Video tular, polis buru peragut rantai tangan di kedai runcit
Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu. - Gambar/ Media sosial
KAJANG : Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam insiden ragut di sebuah kedai runcit di Kampung Rinching Hilir, Bangi Lama, pada Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang, mangsa berusia 22 tahun sedang berada di kaunter pembayaran sebelum seorang lelaki bertopi keledar memasuki premis tersebut dan keluar dalam beberapa saat kemudian.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek kemudian dilihat memasuki semula premis itu dan cuba menarik tangan mangsa sebelum berlakunya pergelutan.
"Pun begitu suspek berjaya melarikan rantai tangan mangsa menaiki sebuah motosikal yang diletakkan berhampiran premis itu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin.
Mohd Zaid memberitahu, mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes itu katanya, diasat mengikut Seksyen 392 kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dengan sebatan atau denda.
Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi pengawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811 atau balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Polis Diraja Malaysia
#video tular
#ragut
#bangi
#jenayah
#IPD Kajang
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan