awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Video viral: Lima mengaku bersalah terbabit pergaduhan di Kota Bharu

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
19/07/2021
07:46 MYT
Video viral: Lima mengaku bersalah terbabit pergaduhan di Kota Bharu
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. - Foto Astro AWANI
KOTA BHARU: Lima individu termasuk dua wanita yang terbabit dalam kejadian pergaduhan di Jalan Pasir Tumboh di sini yang tular di media sosial, Selasa lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini.
Sementara seorang lagi wanita tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.
Lima daripada mereka, Mohd Fakhrudin Mat Zain, 47; Siti Nor Farah Shazlina Supian, 33; Siti Munirah Rizan, 22; Samsuddin Mohamad Sidik, 45; dan Muhammad Syahrul Fahmi Abdullah, 24; masing-masing dikenakan denda RM4,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah.
Manakala Nur Ashikin Rozaini, 23, yang tidak mengaku salah, diberi jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan merusuh di tempat awam hingga menyebabkan mangsa seorang lelaki berusia 30 tahun mengalami kecederaan luka di bahagian muka, leher, bibir, belakang badan, siku kanan dan lutut kanan.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Mengikut fakta kes, ketika mangsa berjalan kaki seorang diri di Jalan Pasir Tumboh, seorang lelaki tidak dikenali yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama tiga wanita dikatakan telah mengherdik mangsa.
Mangsa kemudiannya bertindak menendang pintu kereta sebelah pemandu sebelum berlaku pertengkaran antara mangsa dengan lelaki itu sebelum mangsa membalas dengan menendang kereta di bahagian but hadapan pula.
Lelaki yang memandu MPV terbabit kemudiannya bertindak keluar dari kereta dan menghampiri serta memukul mangsa sehingga terjatuh.
Susulan itu juga beberapa orang lagi datang memukul hingga mangsa cedera di seluruh badan.
Mahkamah kemudian mengenakan denda RM4,000 kepada lima tertuduh dan menetapkan 25 Ogos depan sebagai tarikh serahan dokumen untuk tertuduh, Nur Ashikin.
Semua tertuduh membayar denda dan jaminan yang dikenakan.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Majistret
#Kota Bharu
#media sosial
#video viral
#penjara
#video
#rusuhan
#pukul
#cedera dipukul
#pergaduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan