Skip to main content

Malaysia

Visa haji diperoleh artis tidak melalui Tabung Haji

61470808119_TabungHaji.jpg
Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memperbetulkan persepsi khalayak umum mengenai laporan yang dipaparkan di media berkenaan seorang artis yang dapat menunaikan haji dalam jangkamasa menunggu yang pendek seperti yang telah dijelaskan dalam kenyataan akhbar TH terdahulu bertarikh 10 Ogos 2016.

TH dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, perlu difahami bahawa pemberian visa haji adalah hak mutlak Kerajaan Arab Saudi yang diuruskan melalui kedutaan negara itu dan sebarang pemberian visa secara langsung kepada mana-mana pihak adalah atas budi bicara mereka.

Visa haji yang diperoleh oleh artis berkenaan adalah tidak melalui TH dan tiada kaitan dengan kuota haji rasmi negara yang telah diperuntukkan kepada TH.

Beliau telah mendapat visa secara terus  daripada kedutaan Arab Saudi. Namun begitu, beliau memilih untuk menggunakan perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji yang dilesenkan oleh TH.

BACA: Tabung Haji nafi artis dan pengacara terkenal dapat visa selepas sebulan memohon

TH sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka yang telus dan tiada pilih kasih dalam penentuan giliran. Proses penentuan tarikh bagi seseorang jemaah negara adalah tertakluk kepada kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

TH mohon agar isu ini tidak disensasikan, kerana panggilan ke  Baitullahhilharam adalah mengikut daya usaha seseorang serta ketentuan Allah SWT.

Advertisement

Must Watch Video