awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vitidsarn, Se Young kejutkan pemain pilihan rangkul kejuaraan Terbuka India

Bernama
Bernama
22/01/2023
13:32 MYT
Vitidsarn, Se Young kejutkan pemain pilihan rangkul kejuaraan Terbuka India
Kunlavut Vitidsarn dari Thailand muncul juara selepas menundukkan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, 22-20, 10-21, 21-12 dalam aksi final perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka India. - Foto AP
NEW DELHI: Kunlavut Vitidsarn dari Thailand and An Se Young dari Korea Selatan, masing-masing mengejut pemain pilihan untuk muncul juara perseorangan lelaki dan wanita Kejohanan Badminton Terbuka India di sini hari ini.
Vitidsarn, yang sebelum ini tewas dalam semua enam aksi menentang Viktor Axelsen dari Denmark, hari ini mengharungi satu jam empat minit sebelum berjaya menundukkan pemain nombor satu dunia itu 22-20, 10-21, 21-12.
Se Young pula mengatasi pemain Jepun Akane Yamaguchi 15-21, 21-16, 21-12 selepas satu jam berentap, sekali gus membalas dendam kekalahannya pada Terbuka Malaysia minggu lepas.
Dalam aksi beregu lelaki, pasangan China Liang Wei Keng-Wang Chang mengalahkan beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 14-21, 21-19, 21-18.
Sementara itu, Jepun membawa pulang gelaran juara beregu wanita menerusi Nami Matsuyama-Chiharu Shida dan beregu campuran menerusi gandingan Yuta Watanabe-Arisa Higashino tanpa mengangkat raket, apabila lawan masing-masing menarik diri kerana masalah kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kunlavut Vitidsarn
#viktor axelsen
#Terbuka India
#An Se Young
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan