awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis tahan warga emas acu "pistol" di lebuh raya
KP Perkhidmatan Awam santuni pesara, sampaikan bantuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia

Bernama
Bernama
11/01/2026
08:15 MYT
VM2026: Malaysia sasar 4.6 juta pelancong Indonesia
Unjuran itu berdasarkan trend peningkatan pelancong Indonesia ke Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, serta aktiviti promosi berskala besar yang dirancang sepanjang 2026. - Gambar hiasan
JAKARTA: Malaysia menyasarkan untuk menarik 4.6 juta pelancong dari Indonesia tahun ini sebagai sebahagian daripada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Ringkasan AI
  • Malaysia menyasarkan untuk menarik 4.6 juta pelancong dari Indonesia tahun ini dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) berdasarkan trend peningkatan pelancong dari Indonesia ke Malaysia.
  • Duta Besar Malaysia ke Indonesia menyatakan Malaysia menerima kira-kira 3.8 juta pelancong dari Indonesia sehingga November tahun lalu, dengan sasaran 4.6 juta pelancong tahun ini.
  • Kempen VM2026 menampilkan 320 program berskala besar untuk menonjolkan tarikan semula jadi Malaysia dengan tema "Surreal Experiences" serta AirAsia Indonesia merancang membuka laluan baharu ke Malaysia menjelang pertengahan tahun ini.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Mohamad Hasrin Tengku Hussin berkata unjuran itu berdasarkan trend peningkatan pelancong Indonesia ke Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, serta aktiviti promosi berskala besar yang dirancang sepanjang 2026.
"Pada 2024, Malaysia menerima sekitar 4.1 juta pelancong dari Indonesia dan sehingga November tahun lalu, kira-kira 3.8 juta pelancong Indonesia direkodkan.
"Oleh itu, kami menjangkakan sasaran 4.6 juta pelancong tahun ini dapat dicapai," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen VM2026 yang diadakan dengan kerjasama AirAsia Indonesia, di sini pada Ahad.
Turut hadir Ketua Hal Ehwal dan Dasar Indonesia AirAsia Eddi Krismeidi Soemawilaga serta Pengarah Tourism Malaysia Jakarta Hairi Mohd Yakzan.
Terdahulu dalam ucapannya, Syed Mohamad Hasrin berkata sebanyak 320 program berskala besar telah dirancang bagi menyerlahkan keunikan tarikan semula jadi Malaysia, aktiviti pengembaraan dan landskap bandar yang dinamik sepanjang kempen VM2026 bertemakan "Surreal Experiences".
Sementara itu, Eddi yang juga Presiden Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA) berkata ketika ini terdapat 396 penerbangan terus AirAsia dari 16 bandar di Indonesia ke Malaysia setiap minggu, dengan jumlah kapasiti tempat duduk sebanyak 72,822.
Beliau menambah bahawa Indonesia AirAsia turut merancang membuka laluan baharu ke Malaysia yang dijangka dimuktamadkan menjelang pertengahan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#VM2026
#Pelancong asing
#pelancong Indnonesia
#AirAsia Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan