awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Volkswagen bawa 6 PATI, tekong terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
16/03/2023
15:16 MYT
Volkswagen bawa 6 PATI, tekong terbabas
Enam PATI warga Bangladesh bersama seorang tekong warga tempatan cedera selepas kereta jenis Volkswagen Jetta dinaiki terbabas. - Sinar Harian
RANTAU PANJANG: Enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh bersama seorang tekong warga tempatan cedera selepas kereta jenis Volkswagen Jetta dinaiki terbabas di Kampung Gual Bunut Kubang Kual di sini pada Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku pada jam 7 malam membabitkan Volkswagen Jetta berwarna biru gelap yang dinaiki kesemua mangsa berusia dalam lingkungan 23 hingga 52 tahun.
“Pegawai dan anggota balai Rantau Panjang dan Balai Lubok Stol yang menjalankan rondaan Ops Tapis Bersepadu terserempak dengan kereta yang terbabas di tepi jalan.
“Pemeriksaan lanjut di kawasan tersebut menemui seorang lelaki warga tempatan bersama 19 pil disyaki dadah dan enam lelaki warga asing,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini pada Khamis.
Beliau berkata, seorang PATI dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia dan seorang lagi di Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
“Tekong yang juga pemandu kenderaan itu dan empat lagi PATI yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke balai polis untuk tindakan seterusnya.
“Tekong tersebut ditahan mengikut SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) manakala kesemua lelaki Bangladesh itu ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Tambah beliau, semakan terhadap tekong lelaki berusia 23 tahun itu didapati mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan tidak mempunyai pekerjaan.
Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pati
#kereta terbabas
#warga Bangladesh
#Volkswagen Jetta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan