GADGETS
Volvo EX60 diumumkan – kereta pertama disertakan Google Gemini
Dari segi rekaan, lampu hadapan Volvo EX60 masih mengekalkan gaya ‘Thor Hammer’, manakala pemegang pintu diletakkan berhampiran kepada tingkap. - Foto Amanz
NAMPAKNYA bulan Januari tahun 2026 bermula pantas dan gah untuk peminat kereta elektrik.
Pada Rabu, Volvo mengadakan pengumuman rasmi kereta elektrik terbaharu mereka iaitu EX60.
Seperti namanya, ia tergolong dalam kelas SUV, menyertai EX30 dan EX90 namun dengan kelebihan hasil senibina terkini SPA3, memberikan jarak perjalanan mencapai 810 km.
Dengan teknologi cell-to-body yang mengurangkan komponen, di mana bateri terus dibina pada cesi kereta elektrik, ia mempunyai bateri yang besar dan masih boleh dicaj pantas.
Pengecasan DC 400 kW selama 10 minit akan memberikan jarak pengecasan sejauh 340km hasil dari senibina 800V.
Dari segi rekaan, lampu hadapannya masih mengekalkan gaya ‘Thor Hammer’, manakala pemegang pintu diletakkan berhampiran kepada tingkap.
Kerusi penumpang belakang pula mempunyai fungsi mengubah ketinggian, sesuai untuk penumpang kanak-kanak.
Ruang dalaman pula dilengkapi dengan 28 pembesar suara Bowers & Wilkin, teknologi Dolby Atmos, bumbung lutcahaya dan dikuasakan sistem operasi Google yang turut menyokong Gemini.
Dengan ini pengguna boleh melakukan pelbagai perkara dengan teknologi AI.
Terdapat satu lagi versi EX60 yang diperkenalkan iaitu EX60 Cross Country.
Ia dihasilkan untuk kegunaan lasak, di mana pengguna boleh menaikkan lantainya sebanyak 20cm menggunakan suspensi udara.
Memandangkan ia menggunakan suspensi udara, ia juga boleh diturunkan bagi menambah tahap aerodinamik kereta ini.
Ia juga mempunyai rekaan dengan elemen yang menunjukkan kelasakannya.
Volvo EX60 ini akan hadir dengan jaminan bateri selama 10 tahun dan mereka mengumumkan yang mana pembuatan kereta elektrik EX60 ini akan bermula pada April tahun ini.
Ia dijangka menemui pengguna pada musim panas atau sekitar suku ketiga tahun ini.
Mari kita sama-sama nantikan pengumuman Volvo Malaysia.