GEORGE TOWN: Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.
Penerbangan pertama dari Singapura ke Pulau Pinang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, pada jam 6.40 petang Rabu.
Kesemua 60 penumpang Pesawat Air Asia AK1730 dibawa melakukan ujian RT-PCR (PCR) sebelum mereka dilepas.
Tinjauan di LTAPP mendapati, penumpang menyifatkan pelaksanaan VTL kali ini memberi kemudahan kepada mereka.
Menurut Peggy Lee yang bekerja sebagai jururawat di Hospital di Singapura, dia gembira dapat pulang ke kampung halaman menerusi inisiatif VTL kerana ia menjadikan perjalanan saya bertambah mudah.
"Saya bekerja di sana (Singapura)… disebabkan COVID-19, sukar untuk saya pulang ke sini. Jadi, kali ini saya dapat pulang dan saya sangat gembira dapat berjumpa dengan ibu bapa," katanya.
Sementara kakaknya, Engie Lee, 30, pula berkata, dia memilih VTL Pulau Pinang-Singapura meskipun mengetahui mengenai pelaksanaan VTL pertama di laluan Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini, namun ketika itu terlalu banyak prosedur perlu dilalui.
“Sangat teruja, dah lama tunggu. Sebelum ni di KL ada VTL, tapi perlu transit dan sebagainya. Sekarang lebih mudah, boleh datang terus ke Pulau Pinang," jelasnya.
Sempena pembukaan VTL hari ini, dua penerbangan membabitkan Singapura ke Pulau Pinang dan Pulau Pinang ke Singapura dengan menggunakan pesawat Air Asia dan Singapore Airlines.
Sebelum ini, Kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan VTL melalui udara bagi laluan dari Pulau Pinang ke negara itu mulai 16 Mac.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, inisiatif VTL itu akan membolehkan pengembara yang lengkap divaksinasi berkunjung ke Pulau Pinang dan Singapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam program ini, malah mereka tidak dikenakan kuarantin ketika ketibaan.
Tambahnya, pelaksanaan VTL antara Pulau Pinang dan Singapura itu bermula dengan empat penerbangan sehari membabitkan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian di kedua-dua negara.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Mar 16 2022

Menurut Peggy Lee yang bekerja sebagai jururawat di Hospital di Singapura, dia gembira dapat pulang ke kampung halaman menerusi inisiatif VTL kerana ia menjadikan perjalanan saya bertambah mudah. - Astro AWANI

Stadium Sultan Muhammad IV berwajah baharu
Proses naik taraf yang bermula September tahun lalu itu dijangka siap sepenuhnya pada 24 Ogos ini.

Lawatan Ke Turkiye | Malaysia pertimbang pilihan dapatkan sumber gandum
Malaysia berhasrat untuk mempelbagaikan sumber makanan importnya, termasuk kemungkinan membeli tepung gandum dari Turkiye ketika dunia terus mengalami kekangan bekalan, lonjakan harga makanan serta inflasi. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aspek jaminan keselamatan makanan juga adalah antara komponen utama dalam beberapa siri pertemuan beliau dengan peneraju industri republik itu.

Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui negara muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

VTL Pulau Pinang-Singapura lancar, prosedur mudahkan pengembara
Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) penerbangan pertama di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini berjalan lancar.