Pertubuhan Wanita Di Hati Rakyat (Wadira) komited untuk membantu golongan wanita berdikari termasuk membantu menangani isu sosial dalam kalangan remaja perempuan.
Timbalan Pengerusinya, Datin Noorul Ain Mohamed Nor berkata pertubuhan itu juga mahu menjadi penyumbang kepada pembangunan negara tanpa mengira perbezaan fahaman politik.
“Kita menumpukan golongan ibu tunggal, gelandangan serta memberi bantuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40).
“Kita mahu menjadi platform kepada kaum wanita untuk segala bentuk pertolongan yang disediakan kerajaan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
“Pertubuhan ini juga mengalu-alukan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat untuk bersama-sama menuju ke arah Malaysia yang lebih maju dan sejahtera sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memastikan kaum wanita mampu berdikari seiring dengan pembangunan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa anjuran Wadira di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pada Khamis.
Turut hadir, Pengerusi Wadira, Datuk Tengku Ilham Almarhum Tengku Temenggung Abdul Aziz.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan memberitahu peratusan kaum wanita yang berjaya ke universiti telah melepasi 60 peratus dan ini merupakan satu angka yang membanggakan sejak tahun 2003.
Bagaimanapun, kata Dr Wan Azizah, penyertaan wanita dalam pasaran buruh hanya pada paras 54.7 peratus sahaja berbanding dengan kaum lelaki pada paras 80.1 peratus.
Ini sekali gus merupakan angka yang paling rendah di negara ASEAN.
Noorul Ain turut mengajak semua pihak untuk bersama-sama dalam usaha membantu dan memartabatkan kaum ibu di negara.
“Kita harus mendekati mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan dengan menjadikan kaum ibu yang berjaya sebagai role model untuk terus membantu mereka yang memerlukan.
“Kita berhasrat untuk membantu menggiatkan lagi usaha untuk membolehkan kaum wanita terus menyumbang dalam pembangunan negara,” ujarnya.
Noorul Ain turut memaklumkan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah berkenan untuk menjadi Penaung Diraja kepada pertubuhan tersebut.
Astro Awani
Fri May 10 2019
Tengku Ilham (tengah) dan Noorul Ain (dua dari kiri) bersama exco Wadira sewaktu Majlis Berbuka Puasa anjuran Wadira di PWTC. -Gambar fail
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.
Skim Perubatan MADANI ringankan beban B40, rakyat harap diperluaskan
Seorang pesara berkata, skim itu dapat meringankan beban kewangan dan membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.