awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajar tangguh ratifikasi ICERD, ia 'mencemaskan' rakyat - Anwar

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2018
22:00 MYT
Wajar tangguh ratifikasi ICERD, ia 'mencemaskan' rakyat - Anwar
Tegas Anwar, adalah wajar untuk kerajaan menangguhkan ratifikasi ICERD dan meneruskan diskusi serta dialog dengan semua pihak
KUALA LUMPUR:Bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah sesuatu yang wajar bagi kerajaan menangguhkan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Menurut Anwar, walaupun secara asasnya Malaysia mendokong prinsip menegakkan keadilan dan menolak diskriminasi namun ia menimbulkan keraguan dalam kalangan masyarakat.
“
Tujuannya baik tetapi pelaksanaannya menimbulkan kegelisahan
”
- Datuk Seri Anwar Ibrahim
"ICERD itu tidak ada cacatnya kerana ia dokumen yang mendokong keadilan dan menolak diskriminasi tetapi untuk kita meterai pelaksanaannya harus kita ambil kira kebimbangan, keresahan, kemungkinan mencetuskan ketegangan kaum.
"Tujuannya baik tetapi pelaksanaannya menimbulkan kegelisahan," kata Anwar dalam bual bicara mingguan eksklusif AI terbitan Astro AWANI pada Khamis.
Ikuti penjelasan serta pendirian Anwar mengenai ICERD di dalam video berikut:
Ramai yang bertanya, Adakah kerajaan terburu-buru meratifikasikan ICERD?
PKR pada Khamis melalui Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil PKR menggesa kerajaan supaya tidak gopoh meratifikasi ICERD.
Menurut Fahmi, kerajaan perlu mendengar pendapat semua pihak sebelum membuat keputusan memuktamadkan perkara itu dan ia masih dibincangkan di peringkat dalaman parti.
Mengambil kira keunikan fabrik sosial Malaysia yang rencam, masyarakat secara umumnya menyatakan pelbagai pandangan mengenai ratifikasi ICERD. Ada yang bersetuju dan ada pula yang menyifatkan ia sebagai ancaman terhadap kontrak sosial negara.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim ICERD
#ICERD
#Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskr
#Terkini Anwar Ibrahim
#AI
#Berita Terkini
#berita hari ini
#isu semasa
#Hak Melayu Bumiputera ICERD
#Parti Keadilan Rakyat
#PKR
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan