Kerajaan komited untuk membawa balik serpihan bangkai pesawat MH17 di samping mencari tujuh lagi mayat mangsa warga Malaysia di lokasi kejadian, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
"Selain usaha mencari mayat, kami juga perlu membawa balik serpihan bangkai pesawat supaya kita boleh mendapatkan hasil siasatan terperinci," katanya kepada pemberita selepas merasmikan konvensyen tahunan MCA Pulau Pinang di sini hari ini.
Liow berkata tujuh daripada 43 mangsa warga Malaysia masih belum dikenal pasti.
Beliau berkata pasukan siasatan Malaysia di Ukraine sudah bersedia dan mempunyai kelengkapan penuh bagi menghadapi musim sejuk yang dijangka tidak lama lagi.
"Sebagai persediaan musim sejuk, kami sedang mendapatkan pakar-pakar kita, pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan jurutera untuk bersedia membawa balik serpihan bangkai pesawat pada bila-bila masa," katanya.
Penerbangan MH17 terhempas di wilayah timur Ukraine pada 17 Julai lepas, dipercayai ditembak jatuh, ketika membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Sejumlah 43 rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) Boeing 777-200 dan setakat ini 36 mangsa telah dikenal pasti.
Bernama
Sun Sep 14 2014
LIOW: Kerajaan komited membawa balik serpihan bangkai pesawat MH17 di samping mencari tujuh lagi mayat mangsa warga Malaysia.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Wajar untuk bawa balik serpihan bangkai MH17 - Liow
Kerajaan komited untuk membawa balik serpihan bangkai pesawat MH17 di samping mencari tujuh lagi mayat mangsa warga Malaysia di lokasi kejadian, kata Menteri Pengangkutan Datuk seri Liow Tiong Lai.