Perbicaraan rasuah melibatkan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dan abangnya Datuk Abdul Latif, yang sepatutnya bermula hari ini, telah ditangguhkan ke hari esok.
Peguam Bela Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan Mahkamah Sesyen bahawa Ahli Parlimen Baling itu diwajibkan menghadiri Sidang Dewan Rakyat berhubung pembentangan Rang Undang-undang Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020.
Selain itu, seorang lagi peguam Abdul Azeez, M Athimulan turut memohon penangguhan kerana perlu melakukan beberapa pindaan ke atas kenyataan bertulis berhubung kes itu.
“Anak guam saya perlu berada di Parlimen 11.30 pagi ini bagi pembentangan RUU berkenaan,” kata Hisyam kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Azura Alwi.
Susulan permohonan itu, Azura bersetuju menangguhkan perbicaraan ke hari esok, dan meminta pasukan pendakwaan, yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Adam Mohamed bersiap-sedia dengan saksi.
Abdul Azeez, 53, didakwa atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta, behubung projek jalan raya di Perak dan Kedah, serta sembilan pertuduhan pengubahan wang haram hampir RM140 juta.
Abdul Latif pula menghadapi dua pertuduhan bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Abdul Azeez, yang secara rasuah menerima wang tunai berjumlah RM4 juta daripada Mohammad Redzuan sebagai upah, membantu Syarikat Menuju Asas Sdn Bhd mendapatkan projek pembinaan jalan secara tender terhad, daripada Kementerian Kerja Raya.
Dalam kertas pertuduhan, projek tersebut membabitkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru: Kerja-Kerja Menaik Taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak Darul Ridzuan) yang bernilai RM644,480,000.
Firdaus Azil
Tue Aug 18 2020

Abdul Azeez harus hadiri pembentangan RUU Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, kata peguamnya. - Gambar fail/BERNAMA

2 wanita maut dirempuh gara-gara berita palsu tsunami
Mangsa Kristina Lelu dan Lisa Deram Akamaking terbunuh ketika bersesak-sesak melarikan diri akibat panik.

Pasangan warga emas terperangkap banjir diselamatkan
Pasangan suami isteri warga emas yang terperangkap akibat banjir kilat di Kampung Laut Batu 9 1/2 Skudai berjaya diselamatkan pihak bomba.

#NoToLanun: Didik keburukan 'mencuri' sejak kecil - Sheila Rusly
Sheila Rusly berpendapat ibu bapa perlu memberikan pendidikan kepada anak-anak tentang keburukan mencuri sejak mereka kecil lagi.

Skuad projek FAM-MSN kenal pasti tiga pemain tunjukkan peningkatan ketara
Skuad 'ubi muda' Projek FAM-MSN telah mengenal pasti tiga pemain yang menunjukkan peningkatan ketara dalam bola sepak.
![[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup [TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1900355/16572287721618711565616_640x360.jpg)
[TERKINI] Semua sekolah di 7 daerah di Kelantan ditutup

Pemakaman Putera Philip: Rakyat UK beri penghormatan terakhir
Rakyat di seluruh United Kingdom (UK) memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Putera Philip pada Sabtu.

AWANI Ringkas: Kadar R-Naught meningkat lagi | Tujuh pelajar Maktab Mahmud positif Covid-19
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kereta terbabas langgar pokok, 3 maut
Kemalangan tersebut mengakibatkan kenderaan terbabit remuk dan terputus dua bahagian.

Vaksin COVID-19: Golongan pendidik diberi keutamaan
Golongan pendidik dianggap sebagai kumpulan utama selepas majlis bandaraya mendesak agar sekolah dibuka semula.

Sekolah di tujuh daerah PKP di Kelantan ditutup
Menerusi satu surat pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, semua murid yang tinggal di asrama pula perlu kekal berada di asrama.

Mahkamah Tinggi tolak permohonan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah, ubah wang haram
Hakim berkata, pertuduhan di bawah Akta SPRM yang dihadapi Abdul Azeez adalah tidak cacat walaupun empat projek berasingan digabungkan dalam satu pertuduhan.

Keputusan Abdul Azeez batal tuduhan rasuah 12 Mac
Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Kedudukan negara dalam CPI jatuh: Ini antara kes rasuah di Malaysia pada tahun 2020
Antara faktor kepada penurunan itu adalah kerana kegagalan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Pembiayaan Politik, serta beberapa pendakwaan rasuah yang digugurkan.

Kerajaan teliti cadangan penubuhan RCI Tabung Haji
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata cadangan tersebut telah dibincangkan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Ogos lalu.

Isu pelaksanaan semula PKP antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perkara itu menjadi tumpuan Ahli Parlimen menerusi tiga soalan pada Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan yang memasuki hari keempat.

Isteri, anak Abdul Azeez pegang jawatan pengarah, pemegang saham - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa isteri dan anak-anak Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim merupakan pemegang saham dan pengarah dalam empat syarikat yang disiasat SPRM.

Wajib hadir sidang Parlimen, perbicaraan kes rasuah Abdul Azeez ditangguh
Abdul Azeez harus hadiri pembentangan RUU Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, kata peguamnya.

Penipuan e-dagang tinggi waktu PKP, catat kerugian sehingga RM17 juta
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 2,500 kes sejak 18 Mac hingga 4 Ogos yang lalu bagi penipuan itu.

Persiapan hadapi kemarau, isu 'scammer' dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Soalan mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi permohonan pemastautin tetap Malaysia turut diajukan kepada menteri berkenaan oleh Natrah Ismail (PH-Sekijang).

Isu TH: 'Saya rayu tubuhkan RCI, sedia jadi orang pertama beri komitmen' - Azeez
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diseru agar segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelbagai isu yang dikaitkan dengan Tabung Haji.