awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IKM, KKTM, MJII kini dikenali sebagai TVETMARA - Ahmad Zahid
Inkues Zara Qairina: Mahkamah bercadang adakan sesi ‘locus in quo’ di lokasi kejadian minggu depan
Penghantar p-panggilan didakwa menyamun, merogol dan menyamar sebagai polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah

Bernama
Bernama
22/05/2017
16:06 MYT
Wakil rakyat BN persoal kaedah k'jaan negeri agih rumah kos rendah
Datuk Jahara Hamid (gambar) turut mempersoal tujuan kerajaan negeri mengenakan syarat sedemikian terhadap pemaju. - Gambar fail
Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada Isnin mempersoal kaedah kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mengagihkan rumah kos rendah yang diserah oleh pemaju khususnya agensi persekutuan.
Datuk Omar Abdul Hamid (BN-Permatang Berangan) berkata, baru-baru ini terdapat satu projek seluas enam hektar yang dibangunkan Perda di Teluk Bahang terpaksa menyerahkan 60 unit rumah kos rendah daripada 100 unit yang dibina kepada kerajaan negeri untuk memperoleh kelulusan projek.
"Saya ingin mempersoal bagaimanakah kerajaan negeri ingin menguruskan 60 unit rumah kos rendah itu, sama ada memberi secara percuma kepada rakyat yang memohon atau dijual.
"Sekiranya rumah itu djual, bagaimanakah kerajaan negeri akan menguruskan wang yang diperoleh hasil jualan 60 unit rumah itu," katanya ketika membahaskan ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan DUN.
Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid yang mencelah perbahasan itu turut mempersoal tujuan kerajaan negeri mengenakan syarat sedemikian terhadap pemaju.
"Mengapa pemaju-pemaju harus menyerahkan sebahagian daripada rumah-rumah kos rendah yang siap dibina itu kepada kerajaan negeri dan bagaimana mereka hendak mengagihkannya," katanya.
Ketika ditemui di luar dewan, Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perda Ventures Incorporated Sdn Bhd, berkata rumah-rumah kos rendah yang bernilai RM42,000 seunit itu baru siap dan kini menunggu sijil kelayakan menduduki.
Beliau berharap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Perancang Bandar dan Desa negeri Jagdeep Singh Deo dapat menjawab perkara itu ketika sesi penggulungan DUN nanti.
Projek yang dinamakan Pala Place itu dibangunkan oleh Perda di Lot PT 105, Mukim 2, Teluk Bahang, yang melibatkan 100 unit rumah kos rendah, 213 unit kondominium dan hotel 13 tingkat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DAP
#kaedah mengagihkan rumah
#kerajaan
#pemaju
#pembangkang
#rakyat
#rumah
#rumah kos rendah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan