KUALA LUMPUR: Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan.
"Tumpuan seharusnya diberikan kepada perkara yang memberi manfaat kepada warga pekerja berbanding mengkaji perkara yang tidak sepatutnya dilaksanakan buat masa kini.
"Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, sudah tentu perkara berkaitan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta kebajikan warga penjawat awam perlu diberikan keutamaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Adnan berkata kerajaan perlu memfokuskan kepada isu pekerjaan yang lebih penting dan yang sudah diumumkan tetapi masih pada peringkat kajian atau tidak dilaksanakan lagi walaupun sudah dikuatkuasakan.
BACA: JPA tubuh pasukan khas kaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu
Beliau berkata antaranya ialah pelaksanaan gaji minimum melalui sistem saraan baharu, penebusan awal gantian cuti rehat serta kenaikan pangkat secara 'time based' yang dipendekkan sebelum ini.
Khamis lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji pelaksanaan waktu bekerja empat hari dalam seminggu berikutan terdapat tuntutan beberapa pihak yang mahu kerajaan melihat perkara berkenaan dengan lebih terperinci.
Beliau turut menyeru semua warga perkhidmatan awam untuk mengekalkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan masing-masing dan tidak hilang fokus dalam isu pelaksanaan empat hari bekerja seminggu.
"Cuepacs berharap pengurusan tertinggi dalam perkhidmatan awam dapat menjaga keharmonian dalam kalangan kakitangan dengan mematuhi peraturan semasa perkhidmatan.
"Sebarang keputusan berkaitan sumber manusia harus dibuat berdasarkan peraturan sedia ada bagi mengelak kerugian modal insan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata ia berikutan terdapat perkara lain melibatkan hal-hal kebajikan serta kadar gaji semasa pekerja yang belum diselesaikan kerajaan dan majikan. - Gambar fail/BERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Negeri Sembilan optimis capai sasaran pelaburan baharu lebih RM10 bilion tahun ini - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan optimis untuk mencapai sasaran pelaburan baharu melebihi RM10 bilion pada tahun ini sekali gus meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Ramadan: Waktu bekerja penjawat awam Pahang sehingga 12.30 tengah hari setiap Jumaat
Waktu bekerja penjawat awam negeri Pahang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari.
Pembukaan hutan berskala besar tingkatkan konflik manusia, binatang liar
Sejak serangan harimau belang hingga meragut nyawa dua pekerja ladang dalam 48 jam bulan lalu, penduduk ketakutan untuk melaksanakan aktiviti pertanian.
MTUC kecam syarikat enggan kurangkan waktu kerja
MTUC menggesa Kementerian Sumber Manusia mengambil tindakan keras kepada majikan yang mengingkari perlaksanaan Akta Kerja 1955.
Waktu bekerja empat hari seminggu belum sesuai dilaksana di Malaysia - Cuepacs
Waktu bekerja empat hari seminggu masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia ketika ini, menurut Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
PKPB: Waktu bekerja empat jam sehari di pejabat terlalu singkat - MEF
Datuk Shamsuddin Bardan berkata panduan yang diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menjejaskan operasi industri dan syarikat yang terlibat.
Ini lapan tip mudah penjagaan diri di rumah
Ini adalah lapan tip mudah penjagaan diri yang anda boleh lakukan di rumah walaupun ketika krisis COVID-19.
Waktu bekerja fleksi agensi kerajaan persekutuan bermula 1 Ogos
Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di agensi kerajaan persekutuan seluruh negara akan berkuatkuasa pada 1 Ogos depan.
Garis panduan solat ketika waktu kerja pada fasa akhir
Garis panduan itu bertujuan memberi penjelasan kepada pihak majikan mengenai waktu-waktu solat yang wajib dilaksanakan semasa bekerja khususnya solat Jumaat.
Kerja 6 jam: Dahulukan pindaan Akta Kerja - MTUC
MTUC menggesa Kementerian Sumber Manusia supaya mengambil langkah segera bagi meminda Akta Kerja.