KOTA KINABALU: Ajaran kumpulan 'wali tujuh' yang didakwa menuntut ilmu kebal dan batin dibimbangi boleh mendatangkan ancaman keselamatan terhadap negeri ini.
Bagaimanapun, Menteri Tugas-tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pihaknya bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan pejabat mufti masih mendapatkan maklumat terperinci berhubung perkara itu.
"Itu tidak mustahil (mengancam keselamatan) dan sebab itu kita perlukan penjelasan kerana kita tidak mahu nilai-nilai yang bertentangan dengan agama.
"Biasanya yang bertentangan, yang menyeleweng ini mudah untuk ekstrem, mudah untuk menyelewengkan semangat atau akidah untuk melakukan sesuatu kekerasan dan sebagainya," katanya ketika ditemui pemberita di Surau Al-Abid, Desa Kastam Sepanggar di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tangkapan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai terbabit dalam ajaran meragukan di Kinabatangan pada Selasa lalu yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan kepada Sabah.
BACA: Tiga PATI terlibat ajaran sesat 'Wali Tujuh' direman 14 hari
Diminta mengulas lanjut, pihaknya sedang mendapatkan maklumat sejauh mana penyebaran ajaran berkenaan di seluruh negeri ini dan dijangka maklumat berhubung perkara itu diterima dalam masa terdekat.
"Kita akan dapatkan maklumat dulu, dalam minggu ini ada data. Kita akan dapatkan juga sumber daripada yang membuat laporan berkenaan.
"Mufti sedang meneliti perkara berkenaan dan kita boleh rujuk kepada mufti kita," katanya.
Tambah beliau lagi, setakat ini bahagian penguat kuasa dan pegawai tadbir JHEAINS daerah telah diarah untuk membuat siasatan mengenainya.
"Hasil siasatan akan dibawa ke pejabat mufti untuk mendapatkan pandangan hukum berhubung ajaran itu.
"Ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah atau ajaran-ajaran sesat yang menyeleweng boleh diambil tindakan di bawah Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)," katanya.
BACA: Tiga PATI pengikut ajaran sesat, ilmu kebal 'Wali Tujuh' ditahan
Sehubungan itu, Mohd Arifin menasihatkan orang ramai yang meragui sesuatu ajaran diminta merujuk atau melaporkan segera kepada JHEAINS di daerah-daerah.
"Kalau kita di daerah, rujuk kepada JHEAINS, rujuk kepada guru-guru agama kita yang bertauliah dan sekiranya kita ragu-ragu insya-ALLAH kita akan berikan penjelasan.
"Sebelum ini pun kita sudah mewartakan beberapa ajaran yang menyeleweng dan ini boleh dirujuk daripada warta dan juga kepada irsyad hukum jabatan atau Pejabat Mufti Negeri Sabah," katanya.
Sebelum itu, Mohd Arifin menghadiri Majlis Maulid dan Tahlil Perdana sempena Hari Kastam Sedunia yang ke-40 yang turut dihadiri Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Julaiman Soimin dan Mufti Sabah, Datuk [email protected] Jaafar.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 04 2022

Mohd Arifin (dua kiri) ketika hadir pada Majlis Maulid dan Tahlil Perdana sempena Hari Kastam Sedunia yang ke-40 di Surau Al-Abid, Desa Kastam Sepanggar, Kota Kinabalu. - Foto Sinar Harian

Konsert 'bertalu-talu' kerja gila - Pemuda Pas
Ahmad Fadhli Shaari berkata, penganjurannya akan menjemput kemurkaan Allah SWT.

AKM: Kanak-kanak warga Korea teruja dapat bergambar dengan PM
Ismail Sabri yang menyedari kehadiran Ayman Inwoo Jeon dan adiknya Minna Jeon, sempat meluangkan masa bersama kedua-dua mereka.
![[INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia [INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983436/thumbnails/8967789641660950070553_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Fakta Hubungan Malaysia-Rusia
Fakta Hubungan Malaysia-Rusia

Liga Juara-Juara AFC: Urawa Red Diamonds belasah JDT 5-0
Episod penuh kejutan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 berakhir selepas tewas 0-5 kepada juara dua kali dari Jepun, Ur

AWANI Ringkas: Pekerja asing perlu kelulusan JTKSM bermula 1 September
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

ISWAMI digesa luaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN
Dalam pertemuan itu, Usman mencadangkan ISWAMI agar memperluaskan kerjasamanya ke peringkat ASEAN.

Kuskop sasar 100,000 pengunjung Jelajah AKM Selangor
Kunjungan orang ramai adalah menggalakkan dan dijangka lebih ramai memeriahkan jelajah tersebut yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Ukur baju di badan sendiri, kata Nazri kepada MIC
Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.

ISWAMI teroka peluang baharu di Indonesia untuk media Malaysia
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) mengambil inisiatif untuk meneroka pengetahuan dan peluang dari media Indonesia.

Pemandu maut, lori terbabas langgar pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Jenayah Dadah | Wanita 81 tahun ditahan miliki dadah di lapangan terbang
Seorang wanita warga emas warga Denmark ditahan di Lapangan Terbang Warsaw, Poland kerana disyaki memiliki dadah secara haram. Pihak berkuasa Poland berkata, wanita berusia 81 tahun itu memiliki dadah jenis heroin bernilai lebih 515 ribu dolar Amerika dan dalam perjalanan dari Afrika ke Kanada.

Jenayah | Ancaman terhadap Ketua Hakim Negara disiasat segera
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, sebarang elemen ugutan atau ancaman terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat akan disiasat dengan segera.