Wan Ahmad tidak tuntut wang kerana kos terlalu mahal - KPN

Astro Awani
Mac 6, 2018 10:06 MYT
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini merupakan sebab Wan Ahmad belum menuntut wang tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tidak menuntut semula wangnya yang dibekukan di Australia kerana didakwa proses itu bakal menelan belanja besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata ini merupakan sebab Wan Ahmad belum menuntut wang tersebut.
"Dia (Wan Ahmad) berpendapat sekiranya dia teruskan untuk mendapatkan kembali wang tersebut, kosnya mungkin lebih besar kerana urusan ini melibatkan luar negara," katanya.
Pada 2 Mac lalu, akhbar Australia Sydney Morning Herald telah melaporkan pembekuan akaun Wan Ahmad dengan jumlah lebih A$320,000 (RM971,800) kerana disyaki mempunyai wang atau hasil daripada kegiatan jenayah.
BACA: Tiada kesalahan, Wan Ahmad Najmuddin hanya jual rumah - KPN
BACA: Pengarah JSJ sedikit naif mengenai undang-undang Australia - TPM
Bagaimanapun, Fuzi berkata hasil siasatan mendapati wang tersebut diperoleh hasil daripada penjualan rumahnya di Shah Alam yang pada waktu itu berharga RM700,000 (A$260,770).
#Australia #fuzi harun #KPN #polis #Rasuah #salah laku #Wan Ahmad Najmuddin Mohd