KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang bagi membolehkan anggota serta pemimpin mudanya memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran.
Ketika menyampaikan ucapan alu-aluan semasa lawatan negara Presiden Singapura Halimah Yacob ke Wisma Pandu Puteri di sini pada Selasa, beliau juga berharap kerjasama antara Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Pandu Puteri Singapura akan terus diperkukuh dan menjalin ikatan yang berkekalan.
Beliau berkata Persatuan Pandu Puteri Malaysia kini berusia 107 tahun dan telah berdepan pelbagai ujian serta perubahan sepanjang perjalanannya dengan keanggotaan mencecah 300,000 orang pada akhir 2022.
"Belia wanita serta pemimpin muda kita sedang menjalani latihan dan pendidikan tidak formal melalui Jurnal Progresif kami yang diperkenal baru-baru ini. Selain itu, latihan dan program pembangunan kepimpinan turut disediakan kepada golongan serta pemimpin dewasa," kata Wan Azizah, yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Katanya selain menjalankan aktiviti dan program kebangsaan, mereka menjalin kerjasama dengan organisasi pandu puteri yang lain di peringkat antarabangsa.
Antaranya kolaborasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia dengan Pandu Puteri Singapura di bawah naungan Yayasan Temasek dalam bidang kepimpinan dan tadbir urus.
"Melalui kolaborasi ini, kami berharap untuk melahirkan ramai pemimpin muda yang berkebolehan. Kami juga berkolaborasi dengan Bharat Scouts and Guides dari India dengan mengusahakan Projek Reach Out bertajuk You, Me and Us Forever: Strategy for Growth and Community.
"Dana Kepimpinan Juseon Beon untuk pemimpin muda dan projek Asia Pacific 3L iaitu Projek Mencanting Batik yang merupakan pembelajaran sepanjang hayat," katanya sambil menambah bahawa dengan kesemua kolaborasi ini, beliau berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis itu.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis itu. - Foto BERNAMA

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Raja Puan Besar Perak mangkat: Rakyat beri penghormatan terakhir
Rakyat jelata berbilang kaum menziarahi Istana Ar-Ridhuan di sini bagi memberi penghormatan terakhir ke atas Almarhumah Raja Puan Besar Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah seawal jam 10 pagi tadi.