Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah memanggil Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk berunding tentang krisis di negeri itu, selama tiga minggu sebelum beliau dipecat, namun, ia tidak diendahkan.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong yang mendedahkan perkara ini berkata, alasan Abdul Khalid setiap kali diajak berbincang, adalah beliau tidak ada masa.
"Tiga minggu sebelum dipecat, Presiden parti panggil beliau untuk berunding. Mana-mana pun boleh, ibu pejabat PKR pun boleh, di rumah pun boleh, tapi beliau kata tiada masa.
"Tapi ada masa pergi Kelantan jumpa Nik Aziz. Ada masa pergi Majlis Berbuka Puasa yang dipengerusikan oleh Noh Omar dan dihadiri Najib," kata Dr Tan selepas menghadiri sebuah mesyuarat dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengenai aduan salah laku yang diterima oleh Jabatan itu terhadap Lembaga Disiplin PKR dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Dr Tan yang menerangkan bahawa walaupun tidak dijelaskan di dalam surat ROS yang diterima oleh parti itu tentang jenis salah laku, ianya jelas dari sesi temubual dan penerangan, bahawa ia berkait rapat dengan pemecatan Abdul Khalid dari parti.
Dr Tan berkata antara perkara yang ditanyakan oleh pihak ROS yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Penguatkuasaan ROS ASP Akmal Yahya, ialah adakah Abdul Khalid membuat rayuan setelah dipecat pada 9 Ogos lepas.
"Abdul Khalid boleh membuat rayuan dalam tempoh masa 14 hari (dari tarikh pemecatan) terus kepada MPP. Tapi sampai hari ini beliau tidak membuat apa-apa rayuan," katanya.
Dr Tan berkata ROS juga telah, antara lain, meminta surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadap Abdul Khalid, penjelasan mengenai Langkah Kajang dan senarai ahli MPP yang hadir semasa mesyuarat yang membuat keputusan untuk memecat Abdul Khalid.
Pada sidang media yang sama, Dr Tan, yang diiringi peguam Ragunath Kesavan, membacakan satu perenggan dari surat yang diberi oleh syarikat guaman Abdul Khalid, Bon Advocates, kepada Dr Tan dan Dr Wan Azizah, iaitu 'our client has little choice but to accept PKR's decision and to move on'.
Katanya, surat yang bertarikh 10 Ogos itu, bermaksud Abdul Khalid menerima keputusan PKR.
Khalid yang dipecat daripada parti 9 Ogos lalu dalam aduannya menuntut ROS menyiasat sama ada keputusan lembaga disiplin dan majlis pimpinan pusat PKR itu melanggar perlembagaan parti.
T K Letchumy Tamboo
Thu Aug 28 2014
Dr Tan berkata alasan Abdul Khalid setiap kali diajak berbincang, adalah beliau tidak ada masa - Gambar Fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Atasi masalah kelaparan dengan surplus makanan
Sejak ditubuhkan pada 2013, Food Aid Foundation sudah berjaya menyelamatkan sehingga 6,000 tan makanan.
Usul undi tidak percaya terhadap Apandi tidak langgar perlembagaan - Dr Wan Azizah
Jelas Dr Wan Azizah, sekiranya dilulus Dewan, ia akan membantu Perdana Menteri memilih sama ada ingin memberhentikan atau mengekalkan Peguam Negara kini.