awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pengusaha makanan, katering ditipu sindiket guna nama IPK Johor
Lapan maut, beberapa orang hilang dalam kebakaran gudang di Bengal Barat, India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Junaidi ketuai perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Sarawak

Bernama
Bernama
06/09/2025
04:00 MYT
Wan Junaidi ketuai perarakan sempena Maulidur Rasul peringkat Sarawak
Wan Junaidi (tiga, kiri) ketika mengaminkan doa semasa menghadiri Majlis Kesyukuran Maulidur Rasul Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri. - Foto BERNAMA
KUCHING: Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat Sarawak 1447 Hijrah, yang bermula dari Padang Merdeka di sini, hari ini.
Perarakan yang melibatkan kira-kira 10,000 peserta daripada 209 kontingen dengan perjalanan kira-kira tiga kilometer di kawasan pusat bandar raya di sini itu turut disertai Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dalam amanatnya pada perhimpunan sebelum perarakan itu, Tun Wan Junaidi berkata pentadbiran Sarawak telah dan akan terus menjadikan prinsip maqasid syariah sebagai asas dalam merangka dasar dan pelaksanaan pembangunan.
Beliau berkata pembangunan yang dilaksanakan haruslah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta selaras dengan tuntutan Islam untuk membangunkan dunia tanpa mengabaikan akhirat.
"Pelaksanaan Post COVID Development Strategy 2030 (PCDS 2030) memberi penekanan terhadap keseimbangan ekonomi digital, alam sekitar, sosial dan inklusiviti. Maka, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankannya demi keadilan dan kesejahteraan seluruh rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#perarakan Maulidur Rasul
#padang merdeka
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan