KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi mendakwa Datuk Wan Saiful Wan Jan telah meminta 'habuan' sebagai syarat untuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menyatakan sokongan kepada perdana menteri.
Katanya, Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan berhubung peruntukan yang diterima selepas sokongan dibuat kepada Kerajaan Perpaduan.
Selain itu, Zulkafperi mendakwa antara lain yang turut 'diminta' oleh Wan Saiful ialah peruntukan projek bernilai RM2 juta, kos rawatan kemoterapi isterinya, serta pengguguran kes yang sedang dihadapi beliau.
"Adakah mungkin kerana syarat-syarat ini yang tidak masuk akal, maka individu-individu yang disebut (oleh Wan Saiful) iaitu Hasnan dan Datuk Azman, tidak mampu melayan kehendak beliau.
"Maka beliau cuba untuk dapat info dan kepastian dengan mendekati Ahli Parlimen Gua Musang (Mohd Azizi Abu Naim) dan juga saya sendiri, kononnya bertanyakan tentang ubat menahan selera makan bagi menguruskan badan dengan suntikan seminggu sekali.
"Beliau kemudian telah sahkan untuk buat pesanan dua botol ubat tersebut. Itu pun sebenarnya agak aneh.
"Dalam keadaan isterinya sedang hidap kanser dan terima kemoterapi yang beliau dakwa sangat terkesan, ditambah pula dengan kos rawatan ubat yang mahal, kenapa beliau sibuk pula nak kuruskan badan dengan ubat yang mahal.
"Apakah ada muslihat yang tersembunyi?" katanya dalam sidang media di Parlimen pada Isnin.
Zulkafperi juga berkata bahawa Wan Saiful didakwa memberitahu telah bersedia lebih awal untuk memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding beliau.
"Wan Saiful mengaku pertemuan dengan Hasnan dan juga Datuk Azman adalah jauh lebih awal daripada pengumuman saya menyokong Perdana Menteri ke-10. Jadi semua penawaran itu adalah 'demand' beliau sendiri.
"Pertemuan dan perbualan dengan saya atau Gua Musang adalah atas pertanyaan beliau sendiri untuk mendapatkan penjelasan dan kepastian," dakwanya lagi.
Bagaimanapun, Zulkafperi berkata beliau dan Mohd Azizi gagal membantu atau menjadi 'ejen' yang baik kepadanya menyebabkan Wan Saiful menuduh mereka yang memujuk untuk memberikan sokongan kepada perdana menteri.
"Jadi jelas kenyataan beliau adalah sangkaan jahat, fitnah dan mengelirukan Dewan serta memutar belitkan fakta.
"(Wan Saiful) menuduh saya tanpa apa-apa bukti yang jelas dan cuba memerangkap dan mengheret saya dalam agenda peribadinya yang berniat jahat," tambah beliau.
Sementara itu, Mohd Azizi dalam sidang media sama turut mendakwa beliau didekati oleh Wan Saiful bagi mendapatkan penjelasan berhubung peruntukan.
Malah, beliau menegaskan tidak pernah bertemu secara fizikal atau menghubungi Wan Saiful sejak bergelar Ahli Parlimen pada 19 November tahun lalu, kecuali dalam majlis yang dianjurkan oleh PN.
"Jadi pertemuan saya dengan beliau di sebuah kafe di Hotel Marriot pada 17 Januari sebenarnya bukan dirancang oleh saya atau beliau.
"Cuma masa saya ada di kafe, dan beliau mendekati saya bersama seseorang yang saya tak kenal.
"Beliau jumpa saya... salam dan buat semakan apa yang saya dapat selepas sokong Perdana Menteri. Saya hanya beritahu saya dapat peruntukan yang sama seperti Ahli Parlimen kerajaan," katanya.
Mohd Azizi juga mendakwa Wan Saiful dilihat dalam keadaan 'sangat tertekan' ketika itu dan memerlukan seseorang yang boleh mengesahkan bahawa kes yang dihadapinya boleh digugurkan, jika sokongan diberikan.
"Jadi saya beritahu, saya bukan individu yang boleh bagi komen atau jaminan untuk kes tersebut dan (minta) rujuk kepada individu berkenaan.
"Kedua, berkenaan tawaran-tawaran, ia tidak dibangkitkan langsung pada pertemuan tersebut," katanya lagi.
Wan Saiful sebelum ini mendakwa dua Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menjadi 'ejen pemujuk' supaya beliau menyokong kerajaan.
Beliau mendedahkan individu terbabit ialah Mohd Azizi dan Zulkafperi bersama tiga lagi individu dikenali sebagai Hasnan, Datuk Azman, dan Datuk Rahim.
Hasimi Muhamad
Mon Mar 25 2024
Zulkafperi (kanan) mendakwa Wan Saiful (tengah) sendiri telah meminta 'habuan' sebagai syarat untuk Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menyatakan sokongan kepada perdana menteri. -Gambar fail
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.