KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerima lebih kurang 8,500 permohonan daripada 19,000 bakal jemaah umrah melalui Persatuan-Persatuan Industri Pelancongan yang terpaksa membatalkan ibadah itu bermula 8 Januari hingga 7 Februari 2022.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, mereka merupakan bakal jemaah yang terpaksa menanggung kerugian kerana tidak boleh mendapatkan bayaran balik bagi sesetengah pembayaran yang telah dibuat.
"Bagaimanapun, saringan awal MOTAC mendapati jumlah itu adalah termasuk dengan permohonan berulang dan ada juga tidak memenuhi kriteria.
"Bilangan mereka yang dikenal pasti layak menerima bayaran sagu hati ini juga adalah lebih rendah.
"Ini bermakna, jumlah mereka yang terkesan dari segi kewangan ekoran penangguhan sementara terbabit adalah minimum," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, antara kriteria dan syarat pemberian bayaran saguhati tersebut adalah:
(a) jemaah menggunakan syarikat pengendali yang berlesen dengan MOTAC;
(b) tempoh penerbangan antara 8 Januari 2022 sehingga 7 Februari 2022; dan
(c) telah memiliki visa perjalanan.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang ingin tahu adakah semua bakal jemaah yang terjejas akan menerima wang ihsan daripada kerajaan.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Mar 03 2022
Saringan awal MOTAC mendapati jumlah itu adalah termasuk dengan permohonan berulang dan ada juga tidak memenuhi kriteria. - Foto JAPEN
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Taska wajib pamer nombor pendaftaran di premis tahun depan - Nancy
Langkah itu diambil bagi memberikan keyakinan kepada ibu bapa terhadap status lesen taska yang menempatkan anak-anak mereka.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
GISB: 140 kanak-kanak belum dituntut, Nancy nasihat ibu bapa jangan takut
Ibu bapa atau penjaga kanak-kanak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) tidak perlu bimbang untuk bertemu JKM.
Rawatan fertiliti LPPKN capai prestasi memberangsangkan - Nancy
Perkhidmatan rawatan kesuburan dan kehamilan yang ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus menunjukkan prestasi memberangsangkan.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Jangan jadikan alasan kesibukan mencari rezeki untuk abai penjagaan anak - Nancy
Kesibukan mencari nafkah tidak wajar dijadikan alasan untuk mana-mana ibu bapa mengabaikan soal penjagaan anak-anak mereka.
KPWKM ambil pengalaman isu GISB, tambah baik Dasar Kanak-Kanak Negara
Pengalaman berdepan kes GISB dianggap sebagai pengurusan risiko untuk kementerian bertindak dengan kadar segera dan memperbaiki SOP sedia ada.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.