awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur

Sinar Harian
Sinar Harian
18/01/2023
03:20 MYT
Wang pusaka arwah bapa RM35,000 lebur
Mangsa memuat turun aplikasi yang diberikan suspek bagi tujuan pembayaran perkhidmatan pembersihan bulu haiwan peliharaan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Tindakan seorang suri rumah yang menggunakan wang pusaka arwah bapanya berjumlah RM35,000 membawa padah selepas terpedaya dengan urusan perkhidmatan pembersihan bulu haiwan peliharaan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa berusia 40 tahun pada mulanya melihat iklan mengenai perkhidmatan itu pada 13 Januari lalu.
Menurutnya, berdasarkan laporan itu, mangsa kemudian berhubung dengan seorang individu melalui nombor telefon yang disertakan.
"Suspek meminta mangsa memuat turun aplikasi yang diberikan bagi tujuan pembayaran perkhidmatan terbabit.
"Namun selepas mengisi maklumat diri dalam aplikasi terbabit, mangsa mendapati wang dalam akaun banknya berkurangan sebanyak RM35,000, iaitu wang pusaka milik ayahnya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Beliau memberitahu, menyedari ditipu, mangsa membuat laporan polis dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi yang tidak berkaitan.
"Jangan mendedahkan butiran perbankan kepada pihak ketiga atau mana-mana aplikasi pautan yang mencurigakan," ujarnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wang pusaka
#terpedaya
#tipu
#perkhidmatan pembersihan bulu haiwan peliharaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan