awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wang RM34,936 lebur terperdaya tawaran kerja sambilan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/12/2021
02:20 MYT
Wang RM34,936 lebur terperdaya tawaran kerja sambilan
Polis sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes tersebut bagi membantu siasatan.
KUANTAN: Teruja dengan tawaran kerja sambilan menerusi platform dalam talian yang diiklankan di laman sosial, seorang wanita rugi sebanyak RM34,936.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 34 tahun yang merupakan pembantu tadbir sebuah syarikat swasta tertarik untuk menyertai kerja sambilan tersebut selepas melihat iklan berkenaan pada November lalu.
Beliau berkata, mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita yang merupakan suspek melalui WhatsApp dan diterima untuk menyertainya dengan tawaran komisen sebanyak 20 peratus.
"Tugasan diberikan cukup mudah iaitu mangsa hanya perlu membuat tangkap layar gambar produk yang ingin dibeli dan menghantarnya kepada suspek bersama wang pendahuluan.
"Selain wang pendahuluan akan dikembalikan, mangsa akan menerima keuntungan melalui komisen mengikut kadar ditetapkan.
"Mangsa membuat tugasan pertama dengan bayaran RM30 dan wang yang diterima kembali ialah RM33," katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.
Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian menyelesaikan beberapa tugasan dengan bayaran pendahuluan lebih RM34,000.
"Malangnya, dia gagal menerima kembali wang pendahuluan dan komisen yang dijanjikan.
"Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuantan pada Jumaat selepas menyedari ditipu," ujarnya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
"Polis sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes tersebut bagi membantu siasatan," kata beliau.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#tawaran kerja
#bayaran pendahuluan
#media sosial
#tipu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan