KUANTAN: Seorang jurujual kenderaan berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM120,000 lesap selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon.
Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Noor Hisam Nordin berkata lelaki berusia 27 tahun itu pada mulanya telah menerima panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 27 Jun lepas.
Beliau berkata mangsa diberitahu akan ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan "cuci wang haram" selain kad bank milik mangsa juga telah digunakan oleh seseorang yang terbabit dengan kes jenayah.
"Suspek kemudiannya telah mengarahkan mangsa memuat turun aplikasi yang diberikan serta mengisi semua maklumat perbankan, malah lelaki itu juga telah diarahkan untuk membuat transaksi ke akaun yang diberikan kononnya untuk siasatan lanjut.
"Akibat takut dan percaya dengan taktik itu mangsa telah melakukan transaksi tersebut sehingga mengalami kerugian berjumlah RM120,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa yang berasa ditipu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Sehubungan itu, Noor Hisam menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2024
Lelaki berusia 27 tahun itu telah menerima panggilan daripada seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis pada 27 Jun lepas. -Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Doktor gigi, jurutera rugi ratusan ribu jadi mangsa 'scam'
Mangsa yang terperdaya telah memasukkan wang melalui 15 transaksi ke sembilan akaun suspek yang berbeza sebelum mangsa membuat laporan polis.
Pesara guru rugi RM1.7 juta terperdaya 'phone scam'
Seorang pesara guru kerugian RM1.7 juta selepas diperdaya pemanggil yang menyamar sebagai Pegawai Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia pada Ogos lepas.
Kerani akaun rugi lebih RM400,000 terpedaya 'phone scam'
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu semalam daripada mangsa, seorang wanita warga tempatan berusia 45 tahun.
Pesara guru rugi lebih RM200,000 akibat sindiket penipuan telefon
Wang sebanyak RM201,900 merupakan hasil pampasan persaraan serta simpanan milik mangsa seorang pesara guru wanita berusia 65 tahun.
Pesara guru rugi RM138,800 akibat 'phone scam'
Seorang pesara guru mengalami kerugian RM138,800 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon pada 27 Ogos lepas.
Pesara bank rugi RM1.44 juta akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa diperdaya selepas menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai MCMC'.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
Suri rumah warga emas rugi lebih RM1.37 juta, terperdaya 'phone scam'
Seorang suri rumah warga emas rugi lebih RM1.37 juta akibat terpedaya dengan panggilan penipuan (phone scam) menawarkan skim pelaburan yang kononnya dianjurkan oleh institusi perbankan tertentu.
Warga emas rugi RM178,700 akibat terperdaya 'phone scam'
Mangsa telah diarahkan untuk membuat pindahan ke dalam lima akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM178,700.
Syarikat kurier tidak buat panggilan kepada pelanggan minta pindahan wang - Polis
Syarikat kurier tidak akan membuat panggilan kepada pelanggan bagi meminta pindahan wang dilakukan untuk mendapatkan barangan mereka yang sedang dalam pemeriksaan.