awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita 23 tahun ditahan penipuan pelaburan babit kerugian RM1.2 juta

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
07/09/2022
14:43 MYT
Wanita 23 tahun ditahan penipuan pelaburan babit kerugian RM1.2 juta
Hasil semakan polis mendapati terdapat 33 laporan telah dibuat membabitkan suspek sehingga 25 Ogos lalu. - Gambar hiasan
BALING: Polis menahan seorang wanita dipercayai telibat dalam kes penipuan pelaburan wang yang tidak wujud yang dikenali sebagai 'Savingbywaniey' atau Free Cash (FC) membabitkan kerugian sebanyak RM1.2 juta.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, wanita berusia 23 tahun itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling pada jam 4 petang Rabu.
Beliau berkata, penahanan suspek susulan laporan polis dibuat seorang mangsa yang merupakan pembantu kedai berusia 30 tahun pada Jun lalu.
“Mangsa tertarik dengan iklan dibuat di laman sosial Facebook atas nama 'Eypolwaniey' yang mengenai pelaburan dinamakan Savingbywaniey.
“Mangsa yang tertarik setuju menyertai pelaburan dengan modal RM6,000 dan dijanjikan mendapat pulangan RM12,000 dalam dua bulan, iaitu pada 15 Ogos.
“Seterusnya mangsa telah membuat transaksi secara dalam talian berjumlah RM6,000 ke akaun yang diberikan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, mangsa turut setuju untuk menambah pelaburan berjumlah RM4,000 dan RM2,000 dengan harapan memperoleh keuntungan sebanyak RM8,000 dan RM5,000.
Bagaimanpun pada tarikh yang dijanjikan untuk mendapat keuntungan, mangsa mendapati wang modal dan keuntungan tidak diperolehi dan suspek telah menghilangkan diri.
Shamsudin berkata, mangsa telah membuat laporan polis pada 19 Ogos lalu dan polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Hasil semakan polis mendapati terdapat 33 laporan telah dibuat membabitkan suspek sehingga 25 Ogos lalu.
Sebelum ini polis telah menahan dua wanita berusia 30 tahun yang terlibat dalam penipuan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman pada Khamis bagi membantu polis melengkapkan siasatan.
Topic Berkaitan
#pelaburan tidak wujud
#wanita 23 tahun
#Savingbywaniey
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan