awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Arab maut ketika parasailing di Batu Ferringhi

Bernama
Bernama
10/10/2013
09:37 MYT
Wanita Arab maut ketika parasailing di Batu Ferringhi
Seorang wanita warga Arab maut selepas terjatuh dari payung terjun ketika melakukan parasailing di Batu Ferringhi semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Aldakhilallad Eman Mohamed, 35, dari Riyadh, Arab Saudi dilaporkan terjatuh pada ketinggian kira-kira tujuh meter dan tercampak ke dalam laut.
"Menurut pemandu bot yang menerbangkan mangsa, mangsa telah dipakaikan jaket dan cawat keselamatan. Setelah satu pusingan, mangsa tidak menarik tali payung terjun untuk mendarat, jadi pemandu bot menerbangkannya satu lagi pusingan untuk membolehkannya mendarat.
"Tetapi sebelum sempat mendarat, mangsa tiba-tiba terlucut dari tali keselamatan dan terjatuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Gan berkata wanita itu meninggal dunia dalam perjalanan ke sebuah hospital swasta di sini.
Mangsa yang tiba ke negeri ini bersama ibu bapanya pada Selasa lepas sepatutnya mendaftar keluar dari hotel mereka Sabtu ini.
Beliau berkata sehubungan kejadian itu, pemandu bot berkenaan telah ditahan bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Batu Ferringhi
#maut
#parasailing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan