awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
07/08/2023
03:30 MYT
Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang
Suspek menumbuk bibir pengadu, mengetuk kepalanya dengan hulu pengikis simen serta menendang perut pengadu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditahan selepas dipercayai membelasah bekas suaminya di sebuah rumah di Bukit Indah, Ampang, pada Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, mangsa seorang peniaga yang berusia 28 tahun didatangi bekas isterinya ketika sedang mengemas rumah sewa untuk diserahkan kepada pemilik rumah, pada jam 6.55 petang.
"Suspek yang berusia 38 tahun dan bekerja sebagai akauntan telah memarahi pengadu berkaitan hutang berjumlah RM87,000 yang dituntut daripada bekas suaminya itu.
"Suspek kemudian terus menumbuk bibir pengadu, mengetuk kepalanya dengan hulu pengikis simen serta menendang perut pengadu," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Sehubungan itu, Mohd Azam berkata, pihaknya telah membuat tangkapan terhadap wanita itu di Ampang, pada jam 9.45 malam, hari yang sama.
"Berdasarkan siasatan awal, suspek dan pengadu baru bercerai pada 11 Julai lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 1 tahun 7 bulan.
"Permohonan reman akan dipohon di Mahkamah Majistret Ampang pada Isnin," jelasnya.
Mohd Azam berkata, polis menjalankan siasatan dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Sekysen 18A Akta Iaitu mendatangkan kecederaan dalam kes keganasan rumah tangga.
"Jika disabitkan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 1 tahun atau dengan denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu," jelasnya.
Topic Berkaitan
#wanita
#bekas suami
#Mohd Azam Ismail
#belasah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan