Wanita cedera kereta rempuh gajah di Jalan Mersing-Endau

Seorang wanita cedera selepas kereta Toyota Vios dipandunya melanggar seekor gajah yang melintas di Jalan Mersing-Endau pada waktu malam. -Gambar hiasan/Bernama
MERSING: Seorang wanita cedera selepas kereta Toyota Vios dipandunya melanggar seekor gajah yang sedang melintas di Kilometer 12 Jalan Mersing-Endau malam tadi.
Ringkasan AI
- Seorang wanita cedera selepas kereta Toyota Vios dipandunya melanggar seekor gajah yang melintas di Jalan Mersing-Endau pada waktu malam.
- Gajah tersebut tidak mengalami kecederaan serius dan berjaya kembali ke hutan berhampiran Hutan Simpan Gunung Arong.
- Perhilitan Johor telah menghantar pasukan untuk memantau kawasan lintasan gajah tersebut bagi mengelakkan kejadian berulang.
"Mangsa mengalami kecederaan serta menerima rawatan di Hospital Mersing sebagai pesakit luar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan termasuk bampar pecah.
Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor berkata gajah berkenaan tidak mati dan berjaya masuk semula ke kawasan hutan selepas kejadian.
"Laluan berkenaan sememangnya kawasan lintasan gajah kerana berhampiran habitat asalnya di Hutan Simpan Gunung Arong. Pasukan Perhilitan telah dihantar untuk memantau kawasan berkenaan dan mengesan pergerakan gajah itu," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami