MALAYSIA
Wanita China serang pegawai kaunter imigresen direman 4 hari

Tempoh reman suspek bermula pada Khamis.
SEPANG: Seorang wanita warga China direman empat hari untuk siasatan kes mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Ringkasan AI
- Seorang wanita China berusia 31 tahun direman empat hari bagi siasatan kes mencederakan pegawai kaunter imigresen di KLIA Terminal 1 selepas bertindak agresif semasa pemeriksaan pelepasan.
- Suspek memaki hamun pegawai, menarik tudung dan menolak kepala mangsa ke tiang, menyebabkan kecederaan fizikal yang memerlukan rawatan di Hospital Cyberjaya.
- Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 186, 332 dan 353 Kanun Keseksaan serta menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan tindakan biadab seorang wanita China berusia 31 tahun yang bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen semasa pemeriksaan pelepasan di KLIA Terminal 1 pada Rabu.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilaporkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam apabila empat warga China terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak hadir untuk pemeriksaan pelepasan imigresen.
Pegawai kaunter mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod pergerakan masuk dan telah merujuk kepada Penyelia Pasukan untuk semakan lanjut.
Bagaimanapun, wanita dewasa tersebut tidak berpuas hati apabila diminta memberi laluan kepada penumpang lain sementara semakan dibuat.
Suspek kemudian memaki hamun pegawai dengan perkataan kesat sebelum menarik tudung pegawai dan menolak kepalanya dengan kuat ke arah tiang di hadapan kaunter.
Akibat serangan itu, pegawai mengalami bengkak di sekitar mata kiri, sakit kepala dan lenguh badan, sebelum dirujuk ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan dan laporan perubatan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami