awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/12/2023
06:05 MYT
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Pasport yang dirampas Jabatan Imigresen Johor daripada sindiket. - Foto Jabatan Imigresen Johor
JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang’ susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, suspek yang berusia 47 tahun ditahan pada jam 6 petang hasil risikan selama dua minggu oleh Unit Risikan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor.
"Hasil serbuan oleh sepasukan pegawai unit risikan di sebuah petak parkir turut menahan seorang lelaki warga China berusia 34 tahun.
"Turut disita sebuah kenderaan jenis Toyota Mark X berwarna putih. Lima keping pasport China dan wang tunai RM12,100 turut dirampas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Menurut Baharuddin, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak dua bulan lalu.
"Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Dan Seksyen 12 (1) (f) Akta Pasport 1966 (Akta 150).
Katanya, Jabatan Imigresen memandang serius sindiket 'pasport terbang' kerana menggugat kedaulatan dan keselamatan negara.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mengupah atau melindungi pendatang tanpa izin," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pasport terbang
#pelancong Cina
#jabatan imigresen
#warga china
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan