awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dan lelaki disyaki hina Islam akan dituduh - Polis

Fareez Azman
Fareez Azman
12/07/2022
06:42 MYT
Wanita dan lelaki disyaki hina Islam akan dituduh - Polis
Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan untuk menuduh kedua-dua individu tersebut telah dikeluarkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lelaki dan wanita yang direman kerana disyaki menghina Islam di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di ibu negara baru-baru ini akan dituduh di mahkamah.
Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan arahan untuk menuduh kedua-dua individu tersebut telah dikeluarkan.
"Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada pejabat Peguam Negara pada 12 Julai 2022 (Selasa) dan mendapat arahan untuk penama wanita dituduh di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.
"Manakala penama lelaki pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," jelasnya dalam kenyataan ringkas kepada media pada Selasa.
Tambahnya, reman ke atas wanita terbabit yang tamat hari ini, disambung selama satu hari lagi sehingga Rabu bagi membantu siasatan.
Manakala lelaki terbabit pula ditahan reman selama tiga hari bermula Ahad lalu bagi membantu siasatan berhubung insiden di sebuah kelab komedi yang tular di media sosial baru-baru ini.
BACA: 'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam
Sebelum ini, sebuah video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan seorang wanita bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran lalu menanggalkan pakaian yang menutup aurat itu dan hanya meninggalkan pakaian yang menjolok mata serta mengundang pelbagai komen netizen.
Topic Berkaitan
#hina Islam
#PDRM
#kelab komedi
#TTDI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan