awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka

Wanita dirampas MyKad tidak dinafikan rawatan di hospital kerajaan

Bernama
Bernama
12/04/2023
10:16 MYT
Wanita dirampas MyKad tidak dinafikan rawatan di hospital kerajaan
Laporan itu menyebut MyKad Lina dirampas sewaktu beliau hendak menukar alamatnya bagi membolehkannya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lepas. -Gambar hiasan
KUCHING: Seorang pesakit kanser wanita yang dilaporkan mengalami masalah selepas kad pengenalannya dirampas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sejak November tahun lepas tidak pernah dinafikan untuk menjalani rawatan di dua hospital kerajaan di utara Sarawak.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak, Dr Ooi Choo Huck berkata anak perempuan kepada pesakit berusia 65 tahun itu telah dihubungi dan mengesahkan bahawa pihak Hospital Lawas dan Hospital Miri tidak pernah menolak untuk merawat ibu beliau.
"JKN Sarawak ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan kesihatan telah terus diberi kepada pesakit ini tanpa mengira status pendaftaran MyKad dan kewarganegaraan pesakit berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu susulan laporan sebuah portal berita yang mengatakan wanita berkenaan, Lina Samuel menghadapi kesulitan untuk menjalani rawatan sejak MyKadnya dirampas JPN.
Laporan itu turut menyebut MyKad Lina dirampas sewaktu beliau hendak menukar alamatnya bagi membolehkannya mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 tahun lepas dan pegawai JPN yang bertugas ketika itu memberitahu rampasan itu dibuat atas arahan orang atasan.
Dr Ooi berkata individu yang dilaporkan dalam portal itu adalah di bawah pemantauan pakar bedah di Hospital Miri yang telah melakukan beberapa prosedur untuk merawatnya antara 15 Feb hingga 20 Mac lepas, selain diberikan janji temu rawatan susulan di klinik pakar hospital itu pada 17 April ini.
"Pesakit berkenaan juga telah mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Lawas pada 1 April 2023, di mana beliau menjalani pemeriksaan serta dirujuk kepada pegawai perubatan yang bertugas atas panggilan dan diberikan rawatan bersesuaian," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kad pengenalan dirampas
#Lina Samuel
#rawatan hospital kerajaan
#JPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.