awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
19/03/2024
03:40 MYT
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Suspek ketika tiba di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa. - Astro AWANI
AYER KEROH: Seorang pembantu tadbir kanan sebuah sekolah di negeri ini direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas disyaki memberikan kerja-kerja pembekalan sekolah sepanjang tahun 2020 kepada syarikat milik anaknya.
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Difahamkan, suspek ditahan selepas disyaki menggunakan jawatannya dengan memberikan kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan di sekolah termpatnya bertugas sepanjang tahun 2020 berjumlah kira-kira RM125,158.
Berdasarkan siasatan awal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai terdapat juga kerja-kerja pembekalan bagi tahun 2019, 2021 dan 2022 yang menggunakan modus operandi yang sama.
Suspek wanita itu kemudian ditahan ketika diminta hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka kira-kira jam 2.40 petang semalam.
Penahanan itu dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut berhubung kes tersebut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#pembantu tadbir
#reman
#kerja pembekalan sekolah
#anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan