awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita disiasat keluar kata-kata kesat kepada anggota polis

Bernama
Bernama
28/07/2023
16:29 MYT
Wanita disiasat keluar kata-kata kesat kepada anggota polis
Amihizam Abdul Shukor berkata suspek yang berusia lingkungan 30-an disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang wanita disiasat kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis ketika mengamuk selepas tidak berpuas hati disaman susulan menggunakan alat komunikasi dan tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata suspek yang berusia lingkungan 30-an disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.
Beliau berkata wanita itu turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Kejadian provokasi itu berlaku pada 24 Julai lepas dan video tular suspek mengamuk masih boleh diakses serta mempunyai 274 perkongsian di Facebook dan 5,414 perkongsian di TikTok serta dikhuatiri boleh menjatuhkan imej polis," katanya.
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita mengamuk dan menjerit dengan melontarkan kata-kata kesat kepada dua anggota polis yang bertugas di Jalan Tun Sambathan di sini.
Amihizam juga berkata sebarang maklumat jenayah boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03- 2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#penjawat awam
#TikTok
#imej polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan