awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
'Saya pasti Azizulhasi Awang wakili Malaysia ke Piala Dunia' - Beasley
SPRM bangun sistem pencegahan kebocoran maklumat perolehan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditahan, dipercayai dera anak sehingga lebam, tercabut gigi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/01/2026
08:00 MYT
Wanita ditahan, dipercayai dera anak sehingga lebam, tercabut gigi
Fadil Marsus berkata, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan teruk termasuk gigi hadapannya tercabut serta lebam pada bahagian kepala, telinga dan mata selepas dipercayai didera ibu kandungnya sendiri yang berusia 21 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Sentul, di sini.
Selain itu, mangsa turut mengalami lebam pada badan, tangan dan kaki, selain luka di paha kiri dan kanan serta bibir kering dan berdarah.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 10.53 malam, Sabtu lalu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai didera secara berterusan sejak dua minggu lalu, menyebabkan kecederaan parah sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.
"Susulan itu, polis menahan ibu mangsa dan permohonan reman ke atas suspek dibenarkan selama enam hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya dalam kenyatan di sini, pada Isnin.
Fadil berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurutnya, mangsa merupakan anak tunggal kepada suspek yang bekerja sebagai penjual pakaian secara dalam talian, dan semakan mendapati wanita berkenaan mempunyai rekod lampau melibatkan kes dadah.

Topic Berkaitan
#didera ibu kandung
#Polis Diraja Malaysia
#Polis Kuala Lumpur
#cedera parah
#tercabut gigi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan