BATU PAHAT: Demi kucing kesayangan, seorang wanita sanggup berjalan sejauh 12 kilometer (km) bagi memastikan haiwan peliharaannya itu mempunyai makanan yang mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik.
Meskipun terpaksa meredah air banjir yang parasnya tidak menentu dan adakalanya hingga ke paras pinggang, Siti Nooryani Mohd Kamal, 21, ditemani rakannya tetap berbuat demikian bagi 'menziarahi' lima ekor kucingnya.
Menurutnya dia bersama lapan ahli keluarganya menetap sementara di rumah saudara di Parit Maimon di sini selepas rumahnya di Kampung Melayu Sungai Jong, Parit Sulong dinaiki air sehingga paras pinggang pada 3 Mac lepas.
"Ibu bapa saya beritahu kami sekeluarga tidak pindah ketika banjir besar pada 2006 tetapi kali ini kami terpaksa berpindah kerana bukan sahaja rumah dinaiki air tetapi bekalan elektrik juga telah diputuskan untuk tujuan keselamatan.
"Oleh kerana sudah tujuh hari kami meninggalkan rumah, saya nekad pulang ke rumah dengan meredah banjir selepas melihat cuaca panas beberapa hari kebelakangan ini untuk melihat keadaan rumah serta beri makan kepada kucing-kucing yang dipelihara sejak enam tahun lepas," katanya kepada Bernama.
Siti Nooryani berkata meskipun sedar bahaya meredah banjir namun dia hanya berbuat demikian setelah keadaan air dilihat semakin surut sejak tiga hari lepas.
Sementara itu, Mohd Shariz Izwan Shamsul, 21, dari Kampung Parit Jidin berkata dia meredah air banjir yang kini berada di paras paha untuk pulang ke rumah bagi mengambil barangan yang penting.
Katanya paras air masih tinggi di hadapan rumahnya tetapi disebabkan bimbang kerana sudah lama meninggalkan rumah selepas berpindah ke pusat pemindahan sementara berhampiran sejak 3 Mac lepas, dia bertindak nekad.
Tinjauan Bernama di Parit Sulong, di sini mendapati pekan itu masih lumpuh dengan laluan utama ke beberapa kampung dinaiki air dan hanya kenderaan berat sahaja dibenarkan untuk melaluinya.
Walaupun keadaan cuaca panas sejak Selasa lepas, namun paras air semakin meningkat susulan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini dan turut memberi kesan kepada kawasan rendah di Batu Pahat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Beberapa ekor kucing terperangkap di sebuah rumah yang masih digenangi air. -Gambar hiasan
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.