awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Jepun buat laporan palsu disamun, dirogol bergilir-gilir lelaki Afrika

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
23/03/2022
10:54 MYT
Wanita Jepun buat laporan palsu disamun, dirogol bergilir-gilir lelaki Afrika
Suspek yang berusia 20 tahun mendakwa lelaki-lelaki warga Afrika itu melarikan barang miliknya selepas merogolnya. - Gambar hiasan
SERDANG: Seorang wanita Jepun ditahan kerana dipercayai membuat laporan polis palsu kononnya disamun dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki Afrika di tepi Jalan SP 5/4, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan awal bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan memberitahu, berdasarkan laporan yang diterima 1 Februari lalu, wanita berusia 20 tahun itu mendakwa kumpulan lelaki Afrika itu melarikan barang miliknya selepas merogolnya.
Katanya, polis kemudian menjalankan siasatan namun mendapati laporan perubatan dikemukakan doktor menunjukkan tiada sebarang kesan rogol pada tubuhnya.
"Ini menimbulkan rasa curiga terhadap laporan yang dibuatnya. Apabila pengadu dibawa ke lokasi kejadian, dia juga gagal menunjukkan bagaimana dan tempat kejadian sebenar berlaku.
"Malah dia juga gagal mengecam wajah lima suspek warga Afrika yang dikatakan melakukan samun dan merogolnya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Mengulas lanjut Anbalagan memberitahu, polis kemudian melakukan siasatan lajut dan mendapati dakwaan itu palsu.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan motif wanita itu membuat laporan palsu tersebut.
Katanya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu dan jika disabit bersalah wanita itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek katanya, akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Khamis.
Tegas beliau, polis memandang serius perkara itu dan memberi amaran mengambil tindakan ke atas mana-mana individu yang membuat laporan palsu.
Topic Berkaitan
#wanita jepun
#rogol bergilir-gilir
#lelaki afrika
#laporan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan