"BUKAN tidak mahu masak, tetapi suami isteri sekarang bekerja dan balik pukul lima."
Itulah antara pandangan warga media sosial yang dikongsi di laman Facebook Astro AWANI susulan kenyataan seorang pendakwah bebas yang berkata kewujudan pasar Ramadan menjadi salah satu faktor pengurangan pahala isteri yang memasak hidangan berbuka puasa bersama keluarga.
Datuk Md Daud Che Ngah berkata, peluang isteri yang mahu mencari pahala lebih kerana menyediakan makanan berbuka terbantut dengan pembelian lauk dan kuih dari pasar Ramadan.
BACA: Pasar Ramadan kurangkan pahala isteri memasak - Pendakwah bebas
Susulan kenyataan itu, ramai menyatakan bahawa untuk menyara kehidupan, suami isteri harus bekerja.
"Kalau isteri yang bekerja dan 'punch out' pada jam 5 petang, kena lalui kesesakan lalu lintas, mahu ambil anak lagi, mana sempat? Kalau pergi beli lauk dekat bazar dan isteri balik masak nasi dan hidangkan untuk suami, itupun sudah kira okay," kongsi pengguna Facebook Tik Maimunah Ab Rahim.
Noor Saidatul Akmat pula berpendapat, suami harus faham yang isteri penat bekerja dan harus uruskan anak-anak juga.
"Kalau tidak boleh terima isteri tidak masak sebab penat bekerja, suami tanggunglah semua perbelanjaan sendiri," katanya.
Bagi Zareen Hamid, ia boleh dilakukan jika mendapat pertolongan suami.
"Ini, isteri masak tetapi suami buat 'tahi mata' sahaja. Dahlah penat balik dari kerja. Banyak lagi cara untuk cari pahala sebenarnya," katanya.
Sementara itu, ada juga isteri yang akan masak untuk suami kerana ia memberi lebih kepuasan berbanding makanan yang dibeli di bazar Ramadan.
"Masak lagi 500 peratus puas hati. Tetapi kalau tak sempat nak buat macamana kan? Beli sahajalah," kata Syameen Zha.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Cik Puan Nyssa berkata suaminya tidak suka membeli makanan di bazar.
"Memang harus masak setiap hari. Satu lauk pun dia tidak kisah, janji ada," katanya.
Norazilah Abdullah pula berkata beliau gemar memasak tetapi terpaksa beli di bazar jika lambat pulang dari kerja.
"Tetapi hari cuti memang saya masak," tambahnya.
Dalam laporan Astro AWANI pada Selasa, Md Daud berkata matlamat puasa rakyat Malaysia kurang tercapai.
"Apa yang seharus dilakukan tidak diikut, Nabi Muhammad SAW dahulu berbuka dengan tamar, kalau tidak dia meneguk air dan kemudian bersembahyang.
"Kalau kita tengok di negara ini, kita harus tanya kenapa perlu ada pasar Ramadan? Apakah kita semakin jauh dari amalan yang dilakukan nabi, ia seperti menjauhi sunnah yang harus diikuti.
"Pembaziran pasti akan berlaku, lauk pauk dan kuih pasti akan berlebihan. Isteri yang hendak mengecap sedikit pahala semasa menyediakan masakan anak-anak dan orang berpuasa juga dilihat tidak mencapai matlamatnya," katanya.
Astro Awani
Wed Jun 24 2015
Ramai pembaca wanita Astro AWANI berkata mereka tidak sempat untuk masak selalu kerana mereka juga harus bekerja dan uruskan anak-anak. -Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
Diabai ketika sakit, suami tikam isteri hingga mati
Suspek dipercayai terasa hati dengan mangsa yang seolah-olah mengabaikannya ketika dia sedang sakit.
Polis tahan lelaki cekik, ugut, tolak isteri dalam gaung di Gerik
Suspek akan ditangkap semula oleh pihak IPD Gerik untuk siasatan lanjut selepas urusan siasatan di Baling selesai.
Kes bunuh Nur Farah: Isteri tertuduh belum bersedia, belum boleh keluar - Peguam
Keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir di mahkamah ketika pertuduhan dibacakan.
Tak tahan diejek mandul punca lelaki bunuh jiran
Pembunuhan itu dilakukan kerana dia berdendam dengan mangsa yang sering mengejeknya tidak mempunyai keturunan.
Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.
PM beri sumbangan pada penyampai Astro ARENA, isteri
Anwar yang diwakili Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi, menziarahi Akbar dan isterinya di hospital yang mengidap kanser usus tahap 4.
Sihir isteri sendiri kerana curang
Motif pembunuhan itu dirancang oleh suaminya kerana cemburu disebabkan isterinya mempunyai kekasih gelap.
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.