awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gagau belut, ikan haruan hidupkan semula aktiviti tradisional masyarakat desa
Anggota tentera cedera dalam letupan bom di Yala
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Kemboja maut dihempap pokok tumbang di Pantai Penunjuk

Bernama
Bernama
18/09/2024
15:00 MYT
Wanita Kemboja maut dihempap pokok tumbang di Pantai Penunjuk
Seorang wanita berbangsa Kemboja maut dihempap pokok tumbang di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, petang tadi. - Foto IPD Terengganu
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita berbangsa Kemboja maut dihempap pokok tumbang di Pantai Penunjuk, Kijal, Kemaman, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata kejadian berlaku pada 6.15 petang ketika permulaan hujan lebat di pantai berkenaan.
"Mangsa Saleha Ashaari, 49, yang bertaraf penduduk tetap dan berniaga di sekitar pantai tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat ibu kepada tiga orang anak dan tinggal di Kampung Berayun, Kijal itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan Kemaman merupakan antara enam daerah di Terengganu yang diramal berlaku ribut petir dan hujan lebat bermula 5 petang hingga 9 malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita Kemboja
#dihempap pokok
#Pokok tumbang
#Pantai Penunjuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan