awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lantikan IGP belum dimuktamad - PM Anwar
MALAYSIA
KPM akan bentang pindaan akta wajibkan pendidikan menengah bulan depan
MALAYSIA
KPT pantau pelajar Malaysia di Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Wanita kemurungan cuba bunuh diri berhampiran stesen minyak

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
29/04/2021
04:46 MYT
Wanita kemurungan cuba bunuh diri berhampiran stesen minyak
Lokasi kejadian iaitu tempat wanita itu menuang etrol ke badannya dan kemudian menghidupkan api. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengalami kemurungan cuba bunuh diri dengan membakar diri berhampiran stesen minyak kawasan Taman Teratai, Kangkar Pulai, di sini, pada Selasa lalu.
Ketua Balai Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata menurut saksi kejadian iaitu pekerja stesen minyak berkenaan, wanita berusia 30-an itu telah membeli minyak petrol pada harga RM5.
Katanya, wanita tempatan itu seterusnya menyiram minyak ke badannya dan ke bahagian bahu jalan berhampiran stesen minyak lalu membakar diri sendiri.
"Saksi kemudian telah berusaha memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api yang sedia ada di stesen minyak tersebut.
"Wanita tersebut kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) dalam keadaan tenat.
"Hasil pemeriksaan dapati pesakit ini mengalami lecuran di sebahagian muka, bahagian dada, perut hingga ke paras pinggang, bahagian belakang badan juga melecur," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Dzulkhairi, berdasarkan keterangan ibu mangsa, bahawa mangsa pernah mendapatkan rawatan di hospital sejak November tahun lalu kerana masalah kemurungan.
"Mangsa dimaklumkan tinggal seorang diri sejak ibu dan bapa mangsa bekerja di Singapura.
"Mangsa kini akan dipindahkan ke wad biasa untuk rawatan susulan," katanya.

* Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi. Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders. Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri. Befrienders boleh dihubungi di talian 03-7956 8145/8144 atau e-mel kepada [email protected] untuk bantuan. Panggilan adalah percuma sejak 1 Ogos 2019.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#murung
#wanita
#stesen minyak
#Hospital Sultanah Aminah
#masalah kemurungan
#polis
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami