KEJADIAN ngeri pada April lalu mengemparkan Malaysia apabila seorang lelaki telah membelasah isterinya sehingga koma.
Lebih menyedihkan apabila wanita tersebut rupanya sedang hamil anak sulung mereka dan ketika itu usia kandungan memasuki 8 minggu.
Akibat dibelasah teruk, Jahidah Nordin, 43, mengalami kecederaan parah terutama di bahagian kepala, tengkorak selain rahang, tulang belakang serta rusuk yang retak kekal dan masih koma dari hari kejadian.
BACA: Suami pukul isteri hamil hingga koma dihadap ke mahkamah
Walaupun masih dalam keadaan koma, tapi kandungan Jahidah masih lagi bertahan sehingga kini dan dia dijangka akan melahirkan bayinya pada bulan Disember ini.
Hal ini dikongsi olehn adiknya, Fauziah yang mengambil alih menjaga kakak sulungya selepas kejadian menimpa.
Menurut Fauziah, kakaknya masih bertahan walaupun mengalami kecedaraan yang serius.
“Tiada lagi kes macam kak Jahidah di Malaysia. Doktor pakar, jururawat banyak bantu. Kita hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha, yang menentukan hanya Allah s.w.t. Doakan yang terbaik buat kak Jahidah, dipermudahkan urusan semua pihak yang terlibat dan dimudahkan perjalanan hidup kakak dan bayi.
“Ye masih bertahan dengan keadaan kecederaan otak yang teruk, patah tulang belakang, rusuk, muka, rahang, 'bedsore' yang belum sembuh. Tak boleh bercakap, tak boleh respon walaupun mengangguk. Separuh sedar hanya mata terbuka tapi kemungkinan besar dia tak dapat melihat, hanya air mata kerap mengalir,” katanya.
Walaupun koma namun kandungan kakaknya masih bertahan sehingga kini, sudah masuk 9 bulan.
“Hanya mengeras tubuh badan apabila terasa sakit, pandangan mata yang kosong, tekak tebuk untuk bernafas dan kahak sentiasa disedut dan menanggung anak dalam kandungan 9 bulan. Kejamnya kau Rosmaini Abdul Raof buat kakak Jahidah menderita!”
BACA: Pukul isteri hingga koma, peniaga mengaku tidak bersalah
Berkongsi tentang pemakanan kakaknya serta kandungan sepanjang sakit, Fauziah berkata kakaknya hanya minum susu sahaja.
“Susu makanan utama kakak dan bayi dalam kandungan. Kuatnya semangat baby membesar dalam kandungan walaupun hanya susu selama 9 bulan. InsyaAllah baby akan jadi anak yang soleh dunia akhirat,” katanya.
Tambahnya lagi, Jahidah terpaksa dibawa ke hospital namun berita sedih terpaksa diterima mereka sekeluarga kerana kondisi kakaknya yang semakin teruk.
“Berbulan juga jaga kakak depan mata, hari ini bilik ini kosong tanpa kakak, secara tiba-tiba kakak nak kena tahan di wad.
“Hari ini jumpa doktor pakar, lemah kaki melangkah keluar hospital selepas mendengar risiko kakak Jahidah. Sangat berat nak terima ujian ini. Risiko kakak: Respiratory Distress, Bleeding, Infection, Cardiac arrest, Death.
“Diam tak terkata apa, berat nak tandatangan. Terpaksa kalau ini jalan yang terbaik. Mungkin jalan yang terakhir,” jelasnya.
Sama-sama kita doakan semoga urusan melahirkan bayi nanti dipermudahkan dan semoga kesihatan Jahidah semakin baik.
Kredit: Fauziah Nordin
* Artikel asal disiarkan di Pa&Ma.
Pa and Ma
Fri Nov 26 2021

Jahidah mengalami kecederaan parah terutama di bahagian kepala, tengkorak selain rahang, tulang belakang serta rusuk yang retak kekal dan masih koma dari hari kejadian. - Foto Pa&Ma

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

KKM rancang beri vaksin TDAP kepada ibu hamil - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) kini merancang memperkenal vaksin tetanus-difteria-pertusis (TDAP) kepada golongan ibu hamil bagi mengurangkan beban penyakit dalam kalangan bayi baharu lahir.

Berang anak bergaduh, wanita mengandung maki jiran didenda RM100
Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua hari jika gagal membayar denda tersebut.

Staf kena marah sebab beri keutamaan pada wanita hamil, Cef Ammar naik hantu!
Kedua-dua isu ini mendapat sorotan yang cukup besar dalam kalangan netizen, terutama penggemar makanan dan pengunjung Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam dan USJ4.

Ariff Bahran bakal jadi bapa, umum isteri sedang hamil 24 minggu
Ariff atau nama sebenarnya Mohammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 24, berkongsi berita gembira tersebut bersama sebuah video untuk tatapan umum.

Rogol isteri kawan sendiri, penganggur dipenjara 15 tahun, tiga sebatan
Lebih kejam dan malang ialah mangsa sedang hamil tujuh bulan sementara suaminya sedang jalani hukuman di penjara.

Anzalna Nasir hamil anak kedua, dijangka lahir sempena Syawal
Anzalna memohon untuk mendoakan proses kelahiran bayi keduanya itu nanti dipermudahkan selain diberikan kesihatan yang baik.

Uyaina, Raja Syahiran bakal timang cahaya mata
Ramadan beri kemanisan buat mereka yang bukan sahaja menyambutnya kali pertama sebagai suami isteri tetapi juga sebagai bakal ibu bapa.

Mula sakit belakang dan kaki membengkak, Mira Filzah dijangka bersalin pada...
Wah! tak lama lagi dah nak bersalin...

Kebenaran teman isteri, wanita bersalin di hospital tertakluk syarat, situasi COVID-19
Kebenaran itu telah berkuat kuasa sejak Oktober 2021.

'Saya hilang 2.5 liter darah' - Shima Anuar dedah perit tahan sakit, hampir hilang nyawa
Shima menganggap segala yang berlaku punyai hikmah dan menerima ujian itu dengan berlapang dada.