awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman

Bernama
Bernama
27/04/2024
10:00 MYT
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Motosikal mangsa yang tercampak ke bahagian belakang pacuan rempat roda yang dirempuhnya. - Gambar/ Ihsan pembaca
KUANTAN: Seorang wanita berusia 35 tahun yang memberhentikan kenderaan dipandunya sebelum bertindak melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur semalam direman dua hari.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata penumpang kenderaan wanita terbabit iaitu seorang lelaki warga China berusia 37 tahun turut direman tiga hari bagi membantu siasatan.
"Kedua-dua mereka direman bermula hari ini bagi siasatan lanjut susulan kes kemalangan yang melibatkan seorang lelaki maut di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, seorang lelaki berusia 34 tahun yang bertugas sebagai pemuzik di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton.
Mazlan berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sejurus pemandu kenderaan pacuan empat roda itu menekan brek mengejut selepas wanita terbabit yang memandu kenderaan utiliti sukan jenis Mitsubishi Pajero Sport berhenti di bahu kiri jalan sebelum bertindak melintas ke kanan laluan itu.
"Dalam masa yang sama datang motosikal jenis Suzuki GSX-R1000 ditunggang mangsa dari arah belakang terus melanggar pacuan empat roda itu, sebelum mangsa terjatuh di lorong laju manakala motosikalnya tercampak ke bahagian belakang kenderaan itu," katanya
Kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan kerana cuai sehingga menyebabkan kematian, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#LPT 1
#video tular
#lintas jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan