awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maki polis mengaku tidak bersalah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/04/2020
04:17 MYT
Wanita maki polis mengaku tidak bersalah
Tertuduh, Tong Poh Kim (tengah) mengaku tidak bersalah menghalang tugas dan mengeluarkan kata kurang sopan terhadap penjawat awam. - Gambar Astro AWANI
Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat atas dua pertuduhan menghalang tugas dan mengeluarkan kata kurang sopan terhadap penjawat awam.
Tertuduh, Tong Poh Kim, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil kerana mengeluarkan kata kurang sopan 'idiot' (bodoh) terhadap seorang anggota polis dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.
Bagi pertuduhan kedua, dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.
Kesemua perbuatan itu dilakukan pada 31 Mac lalu pada jam 9.40 pagi ketika operasi sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Persiaran Surian menghala masuk ke Pelangi Damansara , Petaling Jaya, Selangor.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 bagi dua pertuduhan tersebut dengan seorang penjamin.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris dan tarikh 20 Mei depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes.
BACA: PKP: Kertas siasatan wanita maki polis sudah lengkap - Polis
Topic Berkaitan
#COVID19
#idiot
#Mahkamah Majistret Petaling Jaya
#mengeluar kata kurang sopan
#menghalang tugas
#perintah kawalan pergerakan
#wanita maki polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan