MALAYSIA
Wanita maut dengan kesan kecederaan parah di Tamparuli, Sabah

Menurut polis, suspek merupakan seorang warga tempatan yang dipercayai mengalami masalah mental dan pernah menjalani rawatan susulan di fasiliti kesihatan.
TUARAN: Seorang wanita ditemukan maut dengan kesan kecederaan parah di belakang rumah keluarganya di Kampung Tenghilan, Tamparuli, dipercayai dibunuh abang kandungnya yang mengalami masalah mental, Jumaat lalu.
Dalam kejadian pagi itu, mangsa berusia 41 tahun ditemukan berlumuran darah dengan kesan tetakan di leher, kepala dan kedua-dua mata, dipercayai akibat serangan menggunakan senjata tajam.
Ketua Polis Daerah Tuaran, Supt Noraidin Ag Maidin berkata, suspek berusia 47 tahun ditahan di lokasi kejadian pada hari sama.
"Suspek warga tempatan dipercayai mengalami masalah mental dan pernah menjalani rawatan susulan di fasiliti kesihatan. Namun, motif kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.Beliau berkata, bedah siasat ke atas mayat mangsa telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan diminta menghubungi Hotline Polis Tuaran di talian 088-794313 atau balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kejadian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami