Seorang wanita maut dan sekurang-kurangnya empat lagi pelanggan sebuah restoran cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Taman Equine di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata wanita berusia 57 tahun itu sedang makan malam bersama anggota keluarganya di hadapan premis berkenaan sebelum dilanggar pada kira-kira 8.15 malam.
"Siasatan awal mendapati pemandu kenderaan itu enggan berhenti malah melanggar beberapa pelanggan lain yang sedang menjamu selera selain melanggar tiga kereta.
"Pemandu kenderaan itu kemudian melarikan diri dari lokasi kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup bagi mengenal pasti suspek dan kenderaan yang dipandunya, selain sedang menentukan jumlah sebenar mangsa yang cedera.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Zolkipli Sailan berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 8.32 malam dan lapan anggota termasuk dirinya digerakkan ke lokasi kejadian.
"Seorang wanita meninggal dunia manakala dua wanita dan dua lelaki berusia antara 33 dan 71 tahun mengalami kecederaan dalam insiden itu," katanya sambil menambah mangsa yang cedera termasuk seorang lelaki warga Myanmar.
Beliau berkata mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Serdang.
Tinjauan Bernama mendapati kejadian berlaku di kawasan parkir di hadapan restoran itu yang diletakkan kerusi dan meja makan untuk pelanggan.
Sementara itu, seorang anggota keluarga mendiang yang hanya dikenali sebagai Wong, berusia 50-an, berkata mangsa tiba di restoran itu pada kira-kira pukul 7.00 malam untuk menjamu selera sebelum musibah itu berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 18 2018
Keadaan kawasan persekitaran selepas dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Hilux yang dipercayai terbabas di sebuah restoran di Taman Equine malam tadi. - Foto BERNAMA
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Dalam insiden yang berlaku pada jam 7 pagi waktu tempatan, lima mangsa termasuk dua pegawai polis dikejarkan ke hospital berdekatan susulan serangan berkenaan.
Letusan Gunung Ruang: Operasi Lapangan Terbang Sam Ratulangi dihentikan sementara
Abu akibat letusan itu memenuhi kawasan lapangan terbang, dengan penumpang dilihat memakai topeng muka.
‘Saya berdoa agar tuhan satukan kami'
Kelahirannya di dunia disambut tanpa pelukan erat kedua orang tuanya. Kezaliman berterusan tentera rejim zionis sekaligus mengubah takdir hidup bayi Palestin yang diberi nama Yehia Hamuda ini. Malah dia yang belum mengenal erti dunia, kini dilindungi di hospital al-Emirati di Rafah.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Daftar Pemilih Tambahan Mac 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.