awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut, enam ahli keluarga cedera nahas dekat R&R Sungai Buloh

Sinar Harian
Sinar Harian
14/11/2022
01:30 MYT
Wanita maut, enam ahli keluarga cedera nahas dekat R&R Sungai Buloh
Keadaan kenderaan yang dinaiki tujuh sekeluarga terlibat dalam kemalangan berhampiran kawasan R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh, pada Isnin. -Foto Sinar Harian
SUNGAI BULOH: Seorang wanita maut, selepas kereta yang dinaiki bersama enam ahli keluarganya merempuh belakang sebuah treler berhampiran kawasan rehat dan rawat (R&R) Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.10 pagi.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda Accord yang dinaiki tujuh sekeluarga telah melanggar bahagian belakang sebuah treler," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Norazam berkata, kemalangan itu mengakibatkan seorang wanita berusia 38 tahun tersepit di tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Suami mangsa berusia 50 tahun dan anak perempuan mereka berusia 11 tahun dilaporkan parah, manakala empat lagi anak mereka termasuk bayi lelaki kembar berusia antara lapan tahun hingga lapan bulan dilaporkan cedera dalam kemalangan tersebut.
"Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rempuh treler
#enam ahli keluarga
#Restoran Jejantas Sungai Buloh
#Honda Accord
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan