awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut tunggang motosikal lawan arus di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Sinar Harian
Sinar Harian
03/01/2023
13:11 MYT
Wanita maut tunggang motosikal lawan arus di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Mangsa maut di lokasi akibat kecederaan parah selepas didakwa tidak memakai topi keledar. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: Tindakan seorang wanita dipercayai menunggang motosikal jenis Honda Dash 125 secara melawan arus membawa padah apabila dia maut dirempuh sebuah kereta di Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berhampiran jambatan Bunut Payong di sini pada Isnin.
Dalam kejadian jam 8.10 malam itu, mangsa berusia 40 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah selepas didakwa tidak memakai topi keledar.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Wakaf Che Yeh ke Bunut Payong melalui kawasan bahu jalan dengan melawan arus.
"Setiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Kia Spectra yang dipandu seorang lelaki berusia 23 tahun berada di laluan Bunut Payong ke Wakaf Che Yeh bergerak rapat pada bahu jalan sebelah laluan kiri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Menurut beliau, disebabkan keadaan jalan gelap dan tidak mempunyai lampu jalan serta jarak terlalu dekat menyebabkan kereta terbabit gagal mengelak sebelum merempuh motosikal mangsa.
Ujarnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini untuk dibedah siasat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#lawan arus
#Jalan Tuan Guru Nik
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan